Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BANTU MANGSA BANJIR DI MALAYSIA

Atur strategi hulur apa yang diperlukan

Dec 29, 2021 | 05:30 AM



BERDASARKAN situasi yang berubah di lapangan, Ustaz Mahfuz Al-Hafiz Abdul Rahman dan pasukannya pantas menyesuaikan strategi mereka untuk menghulurkan bantuan yang amat diperlukan oleh mangsa banjir.



Contohnya, apabila mendengar maklumat terkini daripada pasukannya di Malaysia bahawa terdapat lebihan bekalan makanan yang sudah dimasak untuk mangsa banjir di Selangor dan Kuala Lumpur, Ustaz Mahfuz mengerah pasukannya untuk mencari barangan lain yang diperlukan.



Ustaz Mahfuz, pengasas Travelustaz.com, bersama rakan kongsinya Ustaz Herman Sudil, pengasas TBQ Amal dan seorang warga Singapura yang telah bermastautin di Johor sejak 2010, berhenti menghantar makanan yang sudah dimasak dan meninjau untuk mencari kawasan yang kurang menerima bantuan.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Ustaz Mahfuz menjelaskan bahawa beliau mengumpulkan derma di Singapura dan kemudian derma itu dipindahkan kepada Ustaz Herman untuk menguruskan dan menentukan barangan dan sumbangan yang sesuai untuk dibeli bagi mangsa.



Ustaz Herman bekerjasama dengan rakan ustaz bagi membantu mangsa banjir.



"Setelah mendengar bahawa mangsa di Selangor dan KL telah menerima bekalan makanan yang diperlukan, kami berhenti kerana tidak mahu membazir. Jadi kami harus lihat dengan teliti apa mereka perlukan.



"Terdapat banyak lagi tempat yang terjejas namun tidak disiarkan seperti di luar kawasan utama Selangor dan KL. Kami juga ada wakil relawan di tempat lain," ujar Ustaz Mahfuz.



Kededua ustaz juga telah melakukan sesi penstriman secara langsung di Facebook Jumaat lalu untuk memberi maklumat terkini kepada para penderma.



Ustaz Herman menjelaskan bahawa kini pasukannya telah menjangkau kawasan perkampungan lebih dalam di Selangor, dan juga mencari kawasan kampung yang terjejas di Kedah dan Pahang, yang kurang menerima bantuan.



Selain makanan, antara barangan yang mangsa perlukan adalah lampin, susu untuk kanak-kanak, tuala wanita, bahan perubatan, barangan untuk solat, botol air dan makanan kering seperti biskut.



"Ini adalah antara barangan yang harus kami dapatkan dahulu sebelum menghantarkan barangan bantuan.



"Kami telah ke pasar raya seperti Mydin dan membeli semua lampin kanak-kanak dan juga untuk dewasa, telekung dan sejadah, sabun dan banyak lagi.



"Bahan perubatan sebenarnya sangat penting terutama dalam pandemik ini dan ini sering dilupakan," tambah Ustaz Herman.



Travelustaz.com telah mula mengumpul dana sejak permulaan minggu lalu dan sehingga kelmarin, mereka telah mengumpulkan lebih $10,600.



Ustaz Mahfuz akan terus mengumpulkan dana hingga sebulan bagi misi amal ini.



Melalui penstriman Facebook itu juga, Ustaz Herman telah mengongsi tentang pertemuannya dengan sebuah kilang yang menyediakan makanan sudah dimasak dan menggunakan kaedah vakum untuk membungkus makanan itu.



Ini bermakna makanan tersebut dapat bertahan lebih lama hingga setahun.



"Kami telah menempah 1,000 paket untuk diagihkan hujung minggu lalu kepada kampung-kampung di Selangor yang belum mendapatkan bantuan. Saya juga memastikan makanan itu tidak pedas supaya sesuai untuk semua usia.



"Kaedah yang dibungkus begini juga mencegah pencemaran ketika diagihkan," jelas Ustaz Herman yang akan terus menempah lebih banyak bungkusan makanan dengan kilang itu untuk menyimpan stok sekiranya ada apa-apa bencana lain yang berlaku.



Orang ramai ingin membantu menerusi sumbangan wang serendah $5 boleh mengunjungi laman www.travelustaz.com untuk butiran lanjut.



"Kami amat mengalu-alukan semua sumbangan anda untuk membantu dan teruslah sokong kami. Apa yang diderma akan disalurkan kepada yang memerlukan," tambah kededua ustaz itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >