Aturan baru lawat pesakit di SGH mulai hari ini, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Aturan baru lawat pesakit di SGH mulai hari ini

Jika lebih dari 20 minit pelawat diperlukan jalani ujian cepat antigen Covid-19 (ART)
Jun 21, 2021 | 05:30 AM

MULAI hari ini, mereka yang ingin melawat pesakit di Hospital Besar Singapura (SGH) selama lebih dari 20 minit akan diminta menjalani ujian cepat antigen Covid-19 (ART).

Ini termasuk penjaga yang berdaftar bagi pesakit yang dirawat di wad, dan keputusan ujian negatif diperlukan sebelum pengunjung dibenarkan masuk ke wad, kata SGH dalam catatan Facebook semalam.

Hasil daripada alat ujian yang dibuat sendiri tidak akan diterima, tetapi pengunjung boleh menunjukkan hasil ujian reaksi berantai polimerase (PCR) yang diambil dalam 24 jam terakhir.

Ujian adalah percuma, dan keputusan ujian hanya sah untuk hari lawatan.

Ujian akan dijalankan di pusat ART di Blok Bowyer SGH, dan hasil ujian akan siap dalam masa 20 minit, kata pihak hospital.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Setelah selesai menjalani ujian, pelawat akan diberi pelekat dan dibenarkan ke wad untuk melawat pesakit.

SGH mengatakan ujian itu sesuai dengan pelonggaran sekatan Covid-19 di seluruh negara mulai hari ini.

"Dengan pelonggaran pembatasan, penting untuk melakukan pemeriksaan proaktif untuk memastikan pesakit dan anggota staf kami kekal selamat," kata pihak hospital.

Bagi pesakit dalam wad yang sedia ada, penjaga mereka yang didaftar akan menerima pesanan SMS dengan maklumat mengenai ujian menjalani ART.

Pesakit yang baru dimasukkan dan penjaga mereka akan diberi maklumat semasa mendaftar bagi kemasukan.

Mulai hari ini, menjamu selera di restoran dan pusat makanan akan dibenarkan semula, namun dalam kumpulan sehingga dua orang sahaja berbanding lima yang diumumkan sebelum ini.

Had kumpulan itu akan dinaikkan kepada lima orang pada pertengahan bulan depan kecuali jika berlakunya keadaan tidak dijangka dalam situasi virus Covid-19 di sini.

Demikian antara pelonggaran sekatan Covid-19 berhati-hati yang diumumkan pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi menangani Covid-19 dalam satu sidang akhbar minggu lalu.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah kenaikan kes jangkitan dalam masyarakat sejak minggu lalu, termasuk kelompok di Pasar dan Pusat Makanan 115 Bukit Merah View.

Mulai hari ini juga, gim dan studio kecergasan turut boleh mengadakan kegiatan sukan atau senaman dalam bangunan tanpa pelitup tetapi dalam kumpulan sehingga dua orang dan dalam kelas sehingga 30 orang termasuk instruktor.

Kegiatan itu mesti ada jarak selamat sekurang-kurangnya dua meter antara individu dan tiga meter antara kumpulan.

Bagi kegiatan yang menggunakan pelitup dan kegiatan luar bangunan tanpa pelitup, ini boleh diteruskan dalam kumpulan tidak melebihi lima orang, dalam kelas sehingga 30 orang termasuk instruktor.

Bagaimanapun majlis jamuan perkahwinan masih tidak boleh diadakan sehingga pertengahan bulan depan kerana ia dianggap kegiatan berisiko tinggi di mana orang ramai bercampur gaul untuk tempoh lebih lama.

Bekerja dari rumah juga akan terus kekal sebagai aturan tetap bagi pekerja.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map