PEMBELI rumah boleh menerima lebih banyak kelonggaran menggunakan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan memperoleh pinjaman perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di bawah peraturan baru bermula hari ini.
Peraturan yang disemak itu berdasarkan apakah baki pajakan flat yang ingin dibeli itu boleh bertahan sehingga pembeli paling muda berusia sekurang-kurangnya 95 tahun.