Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aturan khas jika tahun akhir Presiden Halimah

May 25, 2023 | 06:51 PM



PIHAK pengurusan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023 bersedia membuat aturan khas jika penggal Presiden Halimah Yacob berakhir tahun ini, kata pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2023, Kolonel Terence Ho, kepada wartawan pada Khamis.

Ketika ditanya apakah ada rancangan khas bagi Puan Halimah jika beliau tidak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden seterusnya, Kolonel Terence berkata:

“Pertama, kami tidak tahu sama ada ini Perbarisan Hari Kebangsaan terakhir bagi Puan Halimah, tetapi kami sentiasa bersedia membuat peruntukan jika diperlukan bagi Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini.”

Ini tahun keenam, dan terakhir, Puan Halimah, 68 tahun, menjadi Presiden jika beliau tidak bertanding atau tidak terpilih dalam Pilihan Raya Presiden.

Pada NDP 2017 – yang terakhir bagi Presiden ketika itu, Dr Tony Tan Keng Yam – sedang 25,000 penonton meninggalkan kawasan Pentas Terapung Marina Bay di bawah sinaran bunga api, beliau meluangkan masa bersalam, melambai dan bergambar bersama penonton sambil berjalan ke pentas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >