Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aturan perubatan peruntuk kes Covid bagi jemaah haji SG

Muis: Protokol kesihatan semasa jadi panduan termasuk aturan hantar jemaah yang sakit teruk akibat Covid-19 ke hospital bagi jagaan perubatan
Jun 17, 2022 | 05:30 AM



ATURAN penjagaan perubatan bagi jemaah haji Singapura tahun ini kemungkinan akan merangkumi peruntukan untuk persediaan bagi menangani kes Covid-19 sedang negara ini bersiap sedia menghantar rombongan haji yang pertama ke Arab Saudi sejak pandemik bermula.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam jawapannya kepada pertanyaan Berita Harian (BH) berkata protokol kesihatan semasa termasuk aturan menghantar jemaah yang sakit teruk akibat Covid-19 ke hospital bagi penjagaan perubatan.



Ia menambah bahawa Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) akan mengikut panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Arab Saudi bagi haji tahun ini.



"Jemaah haji Singapura bagaimanapun dinasihatkan agar mengambil langkah berhati-hati untuk melindungi kesihatan mereka pada setiap masa semasa berada di Tanah Suci," tambah Muis.



Sementara itu, beberapa ejen yang menawarkan pakej haji tahun ini memberitahu BH bahawa mereka memberikan nasihat kesihatan tambahan kepada jemaah.



Difahami protokol kesihatan terkini dari pihak Arab Saudi masih dinantikan.



Pemilik Kumpulan Shahidah Travel & Tours, Encik Ayoob Angullia, berkata jemaah dinasihatkan agar menjaga kesihatan mereka dengan baik sebelum berangkat nanti, dan untuk cuba mengurangkan kontak fizikal dengan jemaah lain semasa berada di Tanah Suci.



"Mereka harus mengamalkan langkah berjaga-jaga. Jika ada ramai orang, jangan terburu-buru.



"Contohnya, jika jemaah mahu ke kawasan Raudah di Masjid Nabawi tetapi ada ramai orang, mereka boleh datang pada masa yang lain. Mereka harus ikut arahan pegawai," kata beliau.



Pengurus haji dan umrah Hamidah Travel & Tours, Encik Shaik Dawood Mohd Yacobb, pula berkongsi agensinya menasihatkan jemaah untuk membawa kit ujian pantas antigen (ART) dan pelitup, dan menggalak mereka mengambil suntikan tambahan seperti bagi selesema dan meningitis.



Sementara itu, pengarah Hagel Travel and Tours, Syed Agil Syed Hamid Alkaff, berkata agensinya akan terus mengamalkan peraturan dan langkah berjaga-jaga Covid-19 yang diamalkan di Singapura apabila mereka berada di Tanah Suci nanti.



"Jika ada jemaah yang dijangkiti Covid-19, mereka perlu mengasingkan diri. Kami bersedia dengan aturan itu," kata beliau.



Seramai 407 jemaah dari Singapura akan menunaikan ibadah haji tahun ini.



Jumlah itu merupakan 45 peratus daripada kuota rasmi negara seramai 900 jemaah sebelum ini, dan mereka terdiri daripada individu yang sepatutnya melakukan ibadah haji pada 2020.



Laporan lanjut: Jemaah haji dinasihat agar waspada cegah jangkitan Covid-19




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >