Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aturan Unclos perlu diambil segera demi pastikan kesihatan laut

Vivian turut buat ucapan bagi pihak beberapa negara lain semasa satu mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung PBB
MFA
May 01, 2022 | 05:30 AM



TINDAKAN berbilang hala dalam rangka kerja yang ditawarkan Undang-Undang Kelautan (Unclos) perlu diambil dengan serta-merta untuk memastikan kesihatan laut, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Berucap bagi pihak Denmark, Grenada, Kenya, dan Portugal, Dr Balakrishnan berkata, pelaksanaan Matlamat Pembangunan Kemampanan (SDG) 14 yang disokong Unclos, adalah penting bagi usaha ini.



Beliau turut melahirkan rasa tidak sabar terhadap Persidangan Kelautan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dihoskan bersama oleh Kenya dan Portugal pada Jun ini serta sesi kelima Persidangan Antara Pemerintah mengenai Biodiversiti Melebihi Bidang Kuasa Nasional pada Ogos.



"Kami menggesa masyarakat antarabangsa agar merebut peluang daripada (persidangan ini) dan mesyuarat berbilang hala lain tahun ini untuk mengambil tindakan konkrit dalam menyokong pemuliharaan dan kemampanan laut kita," katanya.



Dr Balakrishnan berkata demikian dalam ucapannya semasa satu mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) sempena ulang tahun ke-40 pelaksanaan Unclos.



Persidangan mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Presiden Sesi ke-76 UNGA, Encik Abdulla Shahid.



Mesyuarat tersebut menggariskan kepentingan kritikal Unclos yang menawarkan rangka kerja undang-undang sejagat berhubung tadbir urus laut.



Apabila Unclos dilaksanakan 40 tahun lalu, masyarakat antarabangsa telah memberikan komitmen kepada peraturan undang-undang kelautan.



Institusi yang dihasilkan Unclos telah menyesuaikan diri dengan cabaran baru dan membuat sumbangan kritikal kepada kedamaian dan keselamatan dunia.



Unclos juga telah menjadi lebih relevan dengan cabaran seperti pertumbuhan perkapalan maritim yang kian berkembang serta kesan perubahan iklim pada laut.



"Unclos terus menjadi penting bagi tempoh masa yang lama. Selama berdekad, ia telah menyumbang kepada kedamaian dan keselamatan sejagat selain pembangunan ekonomi.



"Peraturannya, meski tegas, mempunyai fleksibiliti dan skop yang mencukupi bagi isu baru dan kian muncul selain cabaran berkaitan dengan laut untuk ditangani," katanya.



Dr Balakrishnan turut menekankan bahawa Unclos amat penting bagi Singapura sebagai sebuah negara kecil yang sejarah, warga dan ekonominya mempunyai hubungan saling berkait yang kompleks dengan laut.



Beliau berkata Singapura turut bangga kerana telah menyumbang kepada pelaksanaan Unclos pada 1982 dengan Duta Kelana, Profesor Tommy Koh, yang berkhidmat selaku Presiden Persidangan Ketiga PBB mengenai Undang-Undang Kelautan.



Atas undangan Presiden Perhimpunan Agung Encik Abdulla, Profesor Koh juga telah menyampaikan ucaptama mengenai kepentingan Unclos.



Menurutnya, konvensyen itu mengenakan kewajipan yang jelas terhadap semua negara untuk melindungi dan memelihara sekitaran marin.



"Konvensyen ini menyifatkan ruang laut sebagai satu sistem ekologi secara menyeluruh dan mahu melindungi laut dan sekitaran marin daripada semua sumber pencemaran marin," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >