ISU PENGANGKUTAN AWAM

Audit selenggara MRT akan dipertingkat

Meskipun berhadapan dengan kegenjotan sistem MRT dan kesesakan bas, Kementerian Pengangkutan (MOT) terus melayari cabaran dan meneruskan usaha menyediakan sistem pengangkutan terbaik. Anggota Parlimen, yang pernah menjadi Setiausaha Parlimen (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mengongsi perinciannya kepada wartawan HASLEEN BACHIK (hasleen@sph.com.sg).

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) akan meningkatkan rejim audit penyelenggaraan sistem kereta api MRT dalam usaha memperbaiki dan memperhalusi sistemnya.

Menurut Setiausaha Parlimen (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berdasarkan maklum balas yang MOT terima, khidmat kereta api yang boleh dipercayai menjadi keprihatinan utama dalam kalangan warga.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun