Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK ASEAN 2021

Australia ikrar lebih banyak bantuan bagi Asean, mahu perkukuh lagi hubungan

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



CANBERRA: Australia mengumumkan akan menyumbang sekurang-kurangnya 10 juta lagi dos vaksin Covid-19, di samping menawarkan bantuan kewangan A$124 juta ($126 juta) kepada negara Asia Tenggara, sedang negara itu berusaha mengukuhkan hubungannya dengan negara di rantau ini.



Bercakap di sidang puncak maya bersama pemimpin Asean semalam, Perdana Menteri Australia, Encik Scott Morrison, menawarkan rancangan bagi satu perjanjian kerjasama strategik menyeluruh dengan Asean.



"Asean berada di tengah-tengah (kawasan) Indo-Pasifik dan kami menyokong perkara ini melalui kata-kata dan tindakan kami," katanya kepada pemimpin Asean, lapor Reuters.



Usaha Australia bagi hubungan lebih kukuh dengan Asean muncul di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan kegiatan dan pengaruh China di rantau Asia-Pasifik.



Encik Morrison berkata kerjasama strategik menyeluruh itu akan menjadi lebih daripada sekadar label semata, sambil menggesa Asean menimbangkan secara positif cadangan untuk meningkatkan hubungan itu.



"Kami akan menyokongnya dengan tindakan yang mencerminkan kerjasama kami untuk menangani masalah rumit pada masa hadapan," kata beliau.



Beliau mengetengahkan isu seperti Covid-19, jenayah rentas negara dan keselamatan tenaga, sambil berkata Canberra akan menawarkan A$124 juta lagi untuk membiayai projek bagi menangani isu tersebut.



Di sidang itu, Encik Morrison juga bercakap mengenai pakatan baru Aukus, membabitkan negaranya, Amerika Syarikat dan Britain, sambil meyakinkan Asean bahawa negara itu kekal komited terhadap pengawalan senjata nuklear.



Sementara itu, pada sidang puncak maya berasingan membabitkan Asean Campur Tiga (APT) - pemimpin Asean bersama pemimpin China, Jepun dan Korea Selatan - Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, berkata sejak dialog itu dimulakan pada 1997, wadah APT telah berada di barisan depan dalam memajukan kerjasama serantau dalam menangani krisis.



Apabila pandemik Covid-19 melanda, negara APT bertindak segera dengan mengadakan pertemuan dan membincangkan wabak itu.



"Kita berdiri secara bersama sejak dua tahun lalu, menyokong usaha satu sama lain memerangi wabak ini.



"Saya ingin merakamkan penghargaan kami kepada negara Campur Tiga atas sumbangan mereka kepada Dana Respons Covid-19 Asean, dan inisiatif masing-masing untuk mengukuhkan kapasiti kesihatan awam Asean," ujarnya.



Malah, kata beliau, kerjasama dalam wadah APT mempunyai potensi lebih luas. Ini termasuk dalam meneruskan perjuangan secara bersama menentang Covid-19 dan bersiap sedia untuk menghadapi pandemik pada masa hadapan.



"Kita mesti terus membina kapasiti kesihatan awam melalui kerjasama, bertukar maklumat dan berkongsi amalan terbaik," tambah Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >