Autistik tapi remaja 13 tahun hafal semua nama surah Al-Quran, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Autistik tapi remaja 13 tahun hafal semua nama surah Al-Quran

Ibu dua remaja autistik tekun didik hingga anak lelakinya mampu turut jadi imam solat
May 11, 2019 | 05:30 AM

IRFAN Asyraf Mohamed Jashir duduk di atas katil bersama ibunya, Cik Noreen Razali.

Tetapi, Irfan tidak boleh duduk diam. Ada saja yang cuba dibuatnya.

"Irfan, beritahu ibu semua nama surah dalam Al-Quran," ujar Cik Noreen dengan nada lembut.

Remaja berusia 13 tahun itu terus melafazkan nama kesemua 114 surah secara kronologi dengan pantas tanpa bantuan walau tutur katanya kurang jelas.

Duduk berdekatan, adiknya, Nur Natasha Mohamed Jashir, 10 tahun, yang mengenakan headphone merah jambu khayal dengan dunianya sendiri, sambil bermain dengan beberapa kad yang mempunyai tulisan Arab.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Kededua beradik ini bukan saja berkongsi tarikh lahir yang sama, bahkan berkongsi gangguan pembangunan yang sama: Autisme.

Irfan seorang yang terlalu mengikut rutin. Natasha pula mengalami masalah deria, di mana bunyi yang didengarinya lebih kuat daripada orang biasa.

Justeru itu, Natasha memakai headphone hampir 24 jam, dan hanya membukanya pada waktu tidur.

Membuka cerita, Cik Noreen berkongsi beliau sedang mengandung anak ketiganya apabila menerima diagnosis bahawa anak keduanya, Natasha, juga ada autisme.

Lega hatinya apabila anak ketiganya, Nur Sofea Mohamed Jashir, dilahirkan neurotipikal (bukan dalam spektrum autisme).

"Harapan saya adalah supaya dia dapat menjaga adik beradiknya bila saya dan suami tua nanti," ujarnya.

Berkongsi pengalaman menjaga dan mendidik dua anak autisme, Cik Noreen menyifatkannya sebagai suatu yang mencabar dan perlu banyak pengorbanan serta kesabaran.

"Setiap hari selepas habis kerja, saya akan luangkan dua jam bersama anak saya untuk ajar mereka. Kemudian, kami jalani rutin sebelum tidur yang berunsur keagamaan... Saya jarang tengok TV dan tak galakkan anak-anak saya gunakan alat teknologi seperti telefon bimbit dan iPad," kata ibu tiga anak yang bekerja sebagai eksekutif perdagangan itu.

Disebabkan rutin harian itu, Irfan kini sudah mampu menghafal kesemua nama surah, dan tahu memadankan nama surah dengan nombornya.

Setiap waktu solat, dia juga mengimamkan dua adiknya, yang bagi Cik Noreen, satu pencapaian.

Katanya: "Irfan akan mengalami meltdown jika tak dapat solat kerana ini mengganggu rutin hariannya. Kadangkala pun dia yang kejutkan saya pada waktu subuh!"

Meltdown adalah keadaan apabila golongan autisme mengalami situasi yang keterlaluan sehingga mereka hilang kawalan dan meluahkannya dengan menangis, menjerit, menendang atau menggigit.

Walaupun Natasha lambat berbanding abangnya dalam menerima pelajaran, Cik Noreen tidak risau. Baginya, sedikit kemajuan lebih baik daripada tiada langsung.

Pada mulanya, sukar menarik perhatian kededua anak istimewa ini terhadap pelajaran, dan kadangkala mereka mengalami meltdown.

Namun, Cik Noreen tidak menjadikan ia halangan untuk terapkan ilmu duniawi mahupun ukhrawi.

"Oleh kerana anak austime saya sukakan rutin, saya manfaatkan keadaan tersebut dengan rutin yang baik... Pendidikan perlu mula dari rumah. Tak boleh bergantung kepada sekolah saja," katanya.

Irfan ke Sekolah Metta manakala Natasha ke Sekolah AWWA.

Bagi menarik minat anaknya, Cik Noreen setiap hari merancang kegiatan, siapkan bahan pengajaran sendiri, sambil mendapatkan idea daripada Pinterest dan beberapa blogger pendidikan.

"Anak-anak saya selalu tak sabar belajar melalui apa yang saya siapkan, dan ini merupakan tanda bahawa saya sudah mencapai matlamat menggalakkan mereka untuk suka belajar," kata Cik Noreen.

Pada 2017 dan 2018, Irfan menjadi pelajar terbaik bagi peringkatnya dalam subjek Matematik.

Menjadi ibu tiga anak sudah cukup mencabar di Singapura, apatah lagi dengan dua daripada mereka mengalami autisme.

Namun, Cik Noreen percaya dan mahu membuktikan bahawa ibu bekerja seperti beliau tetap boleh memainkan peranan aktif dalam membesarkan anak-anak istimewa.

Katanya: "Nasihat saya kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak autisme adalah, jangan bandingkan anak-anak anda dengan anak orang lain, yang tidak mempunyai autisme. Perlu sabar, kekal fokus dengan anak sendiri, dan konsisten dalam semua pengajaran sekolah dan rutin di rumah."

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map