Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AVA cuba cara baru kawal pembiakan merpati di Masjid Haji Muhammad Salleh

Nov 05, 2015 | 02:24 PM



BURUNG merpati di luar Masjid Haji Muhammad Salleh di Palmer Road kini diberi makanan tambahan setiap pagi selama sekurang-kurangnya setahun.


Makanan berasas jagung mengandungi dadah yang dipanggil nicarbazin itu akan menghalang burung betina daripada bertelur atau bertelur yang tidak menetas.


Ini satu cara baru yang diuji Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) di padang di luar masjid itu sejak 13 Oktober lalu.


Ujian itu bertepatan dengan peningkatan jumlah maklum balas berkaitan burung merpati yang diterima AVA.


Kira-kira 3,400 diterima dari Januari hingga Oktober lalu, berbanding sekitar 2,500 pada keseluruhan 2014 dan 2,100 pada 2013.


Maklum balas tentang semua jenis burung juga telah meningkat, daripada sekitar 4,400 pada 2013 kepada kira-kira 6,100 dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.


Padang di luar masjid itu mempunyai anggaran 400 merpati, seganda lebih banyak daripada tiga tahun lalu.


Setakat ini AVA telah menangkap 13 orang yang memberi burung itu makan.


Setiausaha lembaga pengurusan masjid itu, Encik Mohamed Idris, berkata masalah merpati telah lama wujud tetapi bertambah buruk dalam tempoh 10 tahun lalu.


Masalah berterusan dan semakin meningkat itu membuat AVA memilih masjid tersebut sebagai kawasan pertama bagi ujian itu.


Semasa demonstrasi kaedah baru itu pada Khamis (5 Nov), Pengurus Eksekutif bahagian Operasi (Haiwan Liar) di AVA, Cik Janet Chia, berkata kira-kira setahun diperlukan untuk melihat penurunan dalam jumlah merpati di situ.


Kira-kira lima sukarelawan masjid akan bertanggungjawab memberi burung itu makanan yang dicampur nicarbazin.


Kaedah itu mungkin dilaksana di kawasan lain di Singapura jika ia terbukti berkesan.


Apabila diuji di Italy, ia mengurangkan jumlah merpati sebanyak 30 hingga 40 peratus dalam tempoh empat tahun.


Dadah itu tidak memudaratkan burung dan hanya toksik kepada kucing atau anjing jika dimakan sebanyak 40 kilogram.


AVA menggesa orang ramai jangan memberi burung makan kerana ia menyebabkan mereka berkumpul dan meningkatkan jumlah mereka.


Sesiapa yang didapati memberi burung makan boleh didenda hingga $500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >