Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

AVA: Dakwaan keropok lekor kandungi plastik adalah palsu

May 26, 2018 | 05:30 AM



PENGUASA Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) berkata dakwaan seorang lelaki dalam satu video yang menyatakan bahawa keropok lekor yang dijual di sebuah bazar Hari Raya di sini mengandungi plastik adalah tidak benar.



Menerusi laman Facebooknya kelmarin, AVA mengingatkan orang ramai tentang penyebaran maklumat salah itu, yang tular di media sosial baru-baru ini.



AVA menjelaskan bahawa mereka tidak menerima sebarang maklum balas tentang keropok lekor yang didakwa mengandungi plastik itu.



Tambahnya, mereka juga tidak mengesan sebarang makanan yang mengandungi bahan sintetik di Singapura sejauh ini.



AVA mengeluarkan kenyataan itu selepas video tersebut menunjukkan lelaki berkenaan dilihat membakar sebahagian keropok lekor di hadapan sebuah gerai.



Sambil menunjukkan keropok lekor yang dibakarnya itu, beliau berkata kepada seorang penjual agar tidak menjualnya kerana menurutnya, ia mengandungi plastik.



"Takkan keropok lekor boleh terbakar macam ini. Ini plastik. Bau saja, dah tahu," kata lelaki itu.



Video tersebut juga menunjukkan api di bahagian hujung keropok lekor terus menyala.



Video itu turut menunjukkan seorang wanita memberitahu penjual di gerai bazar itu:



"Kalau bukan plastik, (keropok lekor ini) pastinya tidak akan terbakar seperti ini 'kan? Kami baru membelinya."



Sementara itu, seorang lagi individu dalam video itu berkata:



"Saya sedih, saya baru sahaja makan sesuatu yang mengandungi plastik.



"Saya tak percaya saya makan plastik."



Sehingga 3 petang semalam, video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Anissul Asaad itu telah ditonton 480,000 kali dan dikongsi 5,300 kali di laman media sosial itu.



Menurut AVA, lelaki itu telah mendakwa keropok lekor itu mengandungi plastik kerana apinya terus menyala selepas ia dibakar.



"Namun sebenarnya, produk makanan yang mengandungi lemak, karbohidrat dan protein boleh terbakar begitu dan menjadi hangus," kata AVA.



AVA turut mengingatkan orang ramai untuk berfikir baik-baik sama ada sumber maklumat mereka itu boleh dipercayai sebelum menyebarnya.



"Kami yakin anda tidak mahu menyebarkan maklumat yang salah serta menyebabkan orang ramai cemas dan keliru," ujarnya.



Orang ramai boleh merujuk kepada sumber maklumat rasmi termasuk laman web dan wadah media sosial AVA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >