AVA: S’pura bersedia jika M’sia sekat eksport makanan laut, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:07
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

AVA: S’pura bersedia jika M’sia sekat eksport makanan laut

Dec 19, 2018 | 07:00 PM

INDUSTRI perikanan dan pihak berkuasa berkata Singapura amat bersedia menghadapi sebaran cabaran yang timbul jika Malaysia menyekat eksport beberapa jenis ikan dan udang buat sementara.

Kerajaan Malaysia, pada Isnin (17 Dis) berkata ia akan melarang eksport makanan laut dari 1 Januari hingga 28 Februari dan dari 1 Mei hingga 30 Jun tahun depan untuk memenuhi permintaan dalam negeri semasa musim tengkujuh dan musim perayaan.

Perintah larangan serupa telah dikenakan dalam tempoh enam tahun lalu.

Makanan laut yang terjejas termasuk ikan kembong, pelaling, selar, salayang, bawal putih dan semua jenis udang. Ini termasuk makanan laut hidup, sejuk atau yang dibekukan.

Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) pada Rabu (19 Disember) berkata sekatan itu tidak akan mendatangkan kesan besar kepada bekalan makanan laut keseluruhan Singapura, kerana para pengimport ‘amat bersedia untuk mendapatkan bekalan dari sumber lain dalam tempoh yang ditentukan’. Menambah, ia juga berkata enam jenis makanan laut yang diimport dari Malaysia itu membentuk kurang 10 peratus bekalan makanan laut keseluruhan di Singapura tahun lalu.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Malaysia biasanya mengurangkan eksport dalam musim tengkujuh apabila tangkapan nelayan berkurangan dan pada tempoh perayaan Tahun Baru Cina apabila permintaan dalam negeri bertambah.

Presiden Persatuan Besar Saudagar Ikan Singapura Enck Lee Boon Cheow, 79 tahun berkata sekatan eksport dua kali setahun ini ‘tidak mendatangkan kesan kepada industri perikanan kita’.

Singapura turut membeli makanan laut dari negara lain seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand, katanya.

Indonesia ialah pembekal makanan laut terbesar bagi Singapura, membekal antara 40 dengan 50 peratus makanan laut keseluruhan.

“Tidak perlu bimbang kita kekurangan ikan,” kata Encik Lee.

Encik Tan Peng Kiat, 52 tahun, pemilik Chip Hong (Pin Sin) Fishery berkata: “Keadaannya sama setiap tahun: Disebabkan Tahun Baru Cina, bekalan (ikan) merosot. Rakyat Malaysia juga hendak makan dan meraikannya.”

Namun, Encik Tan berkata harga ikan akan bertambah, dengan harga bawal dijangka meningkat seganda, daripada $20 sekilogram kepada $40 sekilogram.

Harga udang pula boleh bertambah daripada $15 sekilogram kepada $25 sekilogram.

“Jumlah ikan bagi kita memang merosot pada penghujung Disember dan Januari… bagi sabat tahun. Bekalan ikan yang merosot ini juga disebabkan musim tengkujuh,” kata Encik Tay.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map