Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AVA: Sekatan eksport ikan, udang M'sia tidak jejas besar bekalan di S'pura

Dec 20, 2018 | 05:30 AM



SEKATAN eksport ikan dan udang yang dikenakan Malaysia tidak akan meninggalkan kesan besar ke atas bekalan makanan laut keseluruhan Singapura, kata Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA).



Kenyataan AVA itu dibuat menyusuli pengumuman kerajaan Malaysia melarang eksport beberapa jenis ikan dan udang bagi memenuhi keperluan pasaran di musim perayaan dan tengkujuh.



Larangan serupa telah dikenakan sejak enam tahun lalu.



Eksport yang dilarang adalah ikan kembong, pelaling, selar, salayang (sardin), bawal putih serta semua jenis udang - dalam bentuk hidup mahupun beku.



Menurut AVA, pada Oktober lalu, Malaysia telah memaklumkan kepada AVA bahawa ia akan melaksanakan sekatan eksport musiman ke atas lima jenis ikan dan udang, mulai 1 Januari hingga 28 Februari, dan 1 Mei hingga 30 Jun tahun depan.



"Sekatan eksport serupa telah dilaksanakan sejak enam tahun lalu disebabkan bekalan lebih rendah semasa musim tengkujuh dan permintaan lebih tinggi semasa tempoh perayaan.



"Berdasarkan pengalaman lalu, sekatan eksport tidak mungkin meninggalkan kesan signifikan ke atas bekalan makanan laut keseluruhan kita kerana pengimport sudah bersedia untuk memanfaatkan sumber yang ada semasa tempoh dinyatakan itu," ujar AVA.



Penguasa itu juga berkata bahawa ia akan terus memantau keadaan itu dengan rapat.



Ia berkata jenis ikan yang dilarang adalah serupa dengan tahun-tahun sebelumnya.



Tahun lalu, eksport Malaysia bagi enam jenis makanan laut itu adalah kurang daripada 10 peratus bekalan makanan laut keseluruhan Singapura, tambah AVA.



Lazimnya, Malaysia akan mengurangkan eksportnya kerana musim tengkujuh menjejas jumlah hasil tangkapan manakala tempoh perayaan Tahun Baru China akan meningkatkan permintaan domestik.



Presiden Persatuan Umum Peniaga-peniaga Ikan Singapura, Encik Lee Boon Cheow, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa larangan eksport dua kali setahun tidak mempunyai kesan ke atas industri perikanan kami.



Singapura mendapatkan makanan laut dari negara lain termasuk Indonesia, Vietnam dan Thailand, jelas beliau.



Indonesia merupakan pembekal makanan laut terbesar negara ini, menyumbang sebanyak 40 peratus hingga 50 peratus.



"Justeru, tidak perlu khuatir tentang tidak adanya ikan yang mencukupi," tambah Encik Lee.



Sementara itu, pemilik syarikat perikanan Chip Hong (Pin Sin) Fishery, Encik Tay Peng Kiat, memberi amaran bahawa harga ikan akan meningkat, terutamanya menjelang Tahun Baru Cina.



Misalnya, harga ikan bawal dijangka naik daripada $20 sekilogram kepada $40 sekilogram bagi musim perayaan itu.



Harga udang pula boleh meningkat daripada $15 sekilo kepada $25 sekilo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >