Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AVA siasat udang 'aneh' dijual di pasar basah Sengkang

Jul 05, 2016 | 10:58 AM



PENGUASA Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) sedang menyiasat aduan tentang bahan yang terdapat dalam kepala udang yang dibeli di pasar basah Sengkang minggu lepas.



Ia sedang mengkaji apakah berat udang itu sengaja dinaikkan dengan menyuntik gelatin di dalamnya.



Wanita berusia 40 tahun yang membeli udang-udang itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Cik Huang, menemui gumpalan lut cahaya semasa membersihkan 25 udang yang dibelinya dari sebuah gerai di Rivervale Plaza.



Selepas meletak udang itu dalam air mendidih, gumpalan keras tersebut menjadi putih keras "seperti getah", katanya kepada akhbar The Straits Times.



Beliau teringat membaca sebuah artikel dalam talian mengenai pembekal makanan laut di Vietnam menyuntik udang dengan bahan kimia seperti gelatin untuk meningkatkan berat badannya agar boleh menjualnya pada harga lebih tinggi.



Penduduk Tetap (PR) Singapura yang berpindah dari Guangdong, China, itu berkata dalam bahasa Mandarin: "Di kampung halaman saya, ada perkara biasa pembekal menyuntik secara haram bahan-bahan ke dalam udang dan sotongs. Itulah sebabnya saya perasan gumpalan itu."



Itu kali pertama beliau menemui udang "aneh" di sini.



Udang di Singapura diimport dari negara seperti Malaysia, Indonesia dan Vietnam.



Jurucakap AVA berkata: "Sebagai sebahagian daripada program keselamatan makanan AVA, udang dan udang halus (segar atau beku) import dipantau dan sampelnya diuji bagi keselamatan makanan dan mematuhi piawaian dan keperluan kita."



Ujian sampel meliputi pelbagai bahan cemar kimia dan bahaya mikrobiologi, termasuk sisa racun serangga, sisa dadah seperti antibiotik dan hormon, dan bahaya mikrob seperti salmonella.



"Produk makanan yang gagal pemeriksaan dan ujian kami tidak akan dibenarkan dijual dan tindakan penguatkuasaan akan diambil," kata jurucakap itu. Ini termasuk memusnahan produk itu, menggantung lesen dan sekatan import.



Pemilik gerai yang menjual udang itu memberitahu akhbar Cina Lianhe Wanbao beliau membeli udang tersebut daripada pemborong, dan ini kali pertama perkara itu berlaku setelah lebih 10 tahun beliau menjalankan perniagaannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >