AVA tarik balik 2 produk sayur sejuk beku, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

AVA tarik balik 2 produk sayur sejuk beku

Jul 25, 2018 | 05:30 AM

PENGUASA Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) menarik balik jenama sayur dan jagung disejukbekukan menyusuli wabak bakteria di Eropah.

Produk yang terjejas ialah jagung jenama Pinguin, dengan tarikh luput hingga Februari tahun depan, dan sayur-sayuran, dengan tarikh luput hingga Mac 2020, menurut laporan The Straits Times.

Sistem Kesan Segera bagi Makanan dan Makanan Haiwan (RASFF) Suruhanjaya Eropah telah mengeluarkan amaran mengenai wabak Listeria monocytogenes di pelbagai negara Eropah.

Wabak itu mungkin berpunca daripada pencemaran dalam loji pengeluaran di Hungary.

"Pengguna yang membeli produk berkenaan dinasihatkan supaya tidak memakannya," kata AVA dalam kenyataannya kelmarin.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Listeria monocytogenes sejenis bakteria yang terdapat di alam semula jadi seperti tanah dan air serta najis manusia dan haiwan.

Produk makanan yang boleh dicemari bakteria itu termasuk makanan mentah atau siap dimakan.

Penderita listeriosis ringan, yakni jangkitan bakteria, biasanya mengalami demam dan sakit otot serta didahului cirit-birit. Listeriosis boleh dirawat dengan antibiotik jika disahkan awal.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map