Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AVA terima 26 laporan kematian kucing di Yishun, bukan semua kes aniaya

Jan 29, 2016 | 12:49 PM



PENGUASA Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) menerima 26 laporan kematian kucing di Yishun sejak September lalu, katanya dalam satu taklimat media pada Jumaat (29 Jan).


Penemuan awal menyimpulkan dua daripada kes itu dikaitkan dengan kemungkinan kes penganiayaan, tujuh kes bukan penderaan dan 17 baki masih terbuka.


Siasatan bedah siasat membuat kesimpulan bahawa 26 kucing itu mengalami trauma insiden luar, yang merujuk kepada kematian disebabkan kecederaan akibat benda tumpul.


AVA menambah bahawa "tidak semua kematian kucing disebabkan penganiayaan", kerana ia boleh juga disebabkan nasib malang, seperti jatuh dari tempat tinggi, penyakit atau kemalangan jalan raya.


Kes terbaru kematian kucing berlaku pada Rabu (27 Jan) apabila seekor kucing hitam dan putih ditemui mati di sebuah kawasan berumput di kaki Blok 162, Yishun Street 11.


Dua lelaki ditahan kerana didakwa terbabit dalam penganiayaan kucing di Yishun.


Lelaki pertama, 40 tahun, didakwa melakukan kekejaman haiwan pada 29 Disember, dan direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) pada 12 Januari.


Dia dibenarkan ikat jamin $10,000 pada 19 Januari.


Lelaki kedua, 51 tahun, ditahan Sabtu lalu (23 Jan) kerana didakwa terbabit dalam kes penganiayaan kucing di Blok 116, Yishun Ring Road.


Siasatan polis masih berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >