Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AVA: Tiada laporan tentang keropok lekor yang didakwa mengandungi plastik

May 24, 2018 | 09:22 PM



PENGUASA Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) menjelaskan bahawa mereka tidak menerima sebarang maklum balas tentang keropok lekor yang didakwa mengandungi plastik.





Ini menyusuli satu video yang tular di media sosial baru-baru ini, dengan seorang lelaki mendakwa bahawa keropok lekor yang dibelinya mengandungi plastik.





Dalam video itu, seorang lelaki membakar sebahagian keropok lekor.



Sambil menunjukkan keropok lekor yang dibakarnya itu, beliau berkata kepada seorang penjual agar tidak menjualnya kerana menurutnya, ia mengandungi plastik.



“Takkan keropok lekor boleh terbakar macam ini. Ini plastik. Bau saja, dah tahu,” kata lelaki itu.



Video tersebut juga menunjukkan api di bahagian hujung keropok lekor terus menyala.



Menerusi laman Facebook mereka hari ini (24 Mei), AVA berkata produk makanan yang mengandungi lemak, karbohidrat dan protein boleh terbakar dengan cara itu dan menjadi hangus.



Tambahnya, mereka juga tidak mengesan sebarang makanan palsu, iaitu makanan yang mengandungi bahan sintetik, di Singapura sejauh ini.



“Oleh itu, sebelum anda percaya atau menyebarkan berita palsu, fikir baik-baik sama ada sumber maklumat anda itu boleh dipercayai.



“Kami yakin anda tidak mahu menyebarkan maklumat yang salah serta menyebabkan orang ramai cemas dan keliru,” kata AVA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >