Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Awalnya ragu-ragu tapi sebab jejas periuk nasi akhirnya pergi dapatkan vaksin

Oct 25, 2021 | 05:30 AM



BELIAU baru sahaja menerima dos pertama vaksin Pfizer pada 13 Oktober setelah langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi di Singapura (VDS) diumumkan.



Menurut VDS, penduduk yang belum divaksinasi tidak boleh masuki pusat beli-belah.



Apabila Encik Shafiyan Sabri mendengar akan berita tersebut, penghantar makanan itu dengan cepat membuat rancangan untuk mengambil vaksin.



Selepas menerima vaksin pada 13 Oktober, beliau kini menunggu dos kedua pada 3 November.



"Setelah mengambil dos pertama, kesannya tidak seberapa. Hanya pening dan badan penat," ujarnya.



Walaupun terpaksa mengambil vaksin, Encik Shafiyan berkata beliau ghairah juga untuk mula keluar menjamu selera setelah menerima vaksin sepenuhnya.



"Sebelum ini hanya dapat bungkus makanan untuk makan di rumah sahaja. Saya sebenarnya okay sahaja tak keluar sangat.



"Tapi kalau nanti dah divaksinasi sepenuhnya, ghairah juga untuk keluar makan bersama kawan.



"Saya pun sudah ada senarai tempat-tempat makan yang hendak dikunjungi. Mungkin tempat pertama, boleh pergi makan steamboat," kata adik dua beradik itu.



Menurutnya, beliau juga tidak ada rancangan untuk melancong. Namun memandangkan beliau akan divaksinasi sepenuhnya tidak lama lagi, beliau berkata:



"Selain menjamu selera di luar, saya juga boleh merancang melancong bersama kawan-kawan memandangkan sempadan juga sudah mula dibuka."



Antara lain, Encik Shafiyan meluahkan bahawa pada mulanya beliau tidak mengambil vaksin atas sebab takut akan kesan vaksin.



Beliau menceritakan bahawa beliau mengalami Sindrom Tourette sejak 2007 dan sudah pulih dari kemurungan dan kegelisahan pada 2016.



Dengan sejarah perubatannya, beliau ragu-rau akan kesan vaksin tersebut terhadap sistem imunnya.



Mujur setelah dos pertama, beliau tidak menunjukkan kesan-kesan yang serius.



Antara faktor lain yang mendorongnya mengambil vaksin adalah kerana VDS menjejas periuk nasinya.



"Setelah pengumuman VDS ini, ia saya mendapati bahawa ia akan menjejas pekerjaan dan pendapatan saya, oleh itu saya membuat keputusan mengambil vaksin," jelas beliau.



Pada hari yang sama setelah Encik Shafiyan mengambil dos pertama, beliau menerima berita bahawa penghantar makanan yang belum divaksinasi boleh dikecualikan dari peraturan itu jika mereka mendapatkan vaksin atau jalani ujian berkala (VoRT).



"Saya hanya mendapat tahu akan berita tersebut setelah mengambil dos pertama. Tetapi saya akan teruskan dan mendapatkan dos kedua vaksin ini demi kemudahan hari kelak," jelas pekerja penghantaran makanan selama tiga tahun itu.



Di samping itu, Encik Shafiyan menambah bahawa proses mengambil vaksin sangat mudah.



"Saya tidak perlu membuat janji temu dan hanya terus ke pusat vaksinasi," ujarnya yang telah ke Kelab Masyarakat Senja Cashew untuk menerima vaksinasinya.



Kini, di aplikasi TraceTogether Encik Shafiyan, di bawah kotak statusnya, ia menunjukkan bahawa beliau masih 'dalam proses vaksinasi' berbanding sebelumnya yang berkata 'belum divaksinasi'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >