Awas bahaya jalani kegiatan di hutan yang belum dijelajahi: SLA, NParks, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Awas bahaya jalani kegiatan di hutan yang belum dijelajahi: SLA, NParks

Feb 24, 2021 | 08:02 PM

PERHATIAN yang sejak akhir-akhir ini diberikan terhadap Hutan Clementi dan berita kontroversi pembersihan tapak rimba Kranji membuatkan lebih ramai warga Singapura ingin mendekati alam semesta.

Namun, pihak berkuasa pula memberi amaran agar orang ramai berhati-hati.

Dalam satu kenyataan bersama, Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Lembaga Taman Negara (NParks) berkata orang ramai harus berhati-hati dengan bahaya menjalankan kegiatan 'trekking' di kawasan hutan.

Tidak seperti laluan yang lebih ditebas kehijauannya di MacRitchie, sebagai contoh, kawasan hutan yang kurang dijelajahi tidak diuruskan bagi kegunaan riadah atau awam.

"Rupa bumi dan tanah tidak rata manakala laluan juga tidak disediakan. Kawasan ini juga mempunyai tumbuhan yang ditanam semula dengan pepohon semaian semula seperti Albizia yang terdedah pada kejatuhan atau dahan yang mudah patah.

Berita Popular

"Kami menasihati orang awam agar lebih berhati-hati pada bahaya sebegini demi keselamatan peribadi mereka sendiri," jelas SLA dan NParks.

Nasib hutan Singapura yang kian hari tidak dibangunkan itu kian menjadi topik perdebatan di sidang Parlimen tahun ini.

Bulan lalu, pencinta kehijauan melahirkan keprihatinan tentang pengezonan Hutan Clementi dan Hutan Dover bagi kegunaan kejiranan. Perdebatan selanjutnya tentang bagaimana Singapura boleh lebih mengimbangi keperluan pembangunan dan pemuliharaan menimbulkan isu yang menjadi keprihatinan nasional.

 

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map