VIDEO yang memaparkan seorang warga Singapura menjadi pejuang ISIS menunjukkan dengan jelas bahawa kumpulan pengganas itu ingin menarik Muslim di Singapura dan rantau ini menyertai kumpulan itu, menurut beberapa asatizah dan pemerhati.
Dua daripada mereka, Ustaz Dr Mohamed Ali dan Dr Mustafa Izzuddin, mengingatkan masyarakat Islam agar mereka tidak menjadi mangsa kerana 'perjuangan' itu bertentangan dengan ajaran Islam.