Awas e-mel tipu konon dari Qoo10, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Awas e-mel tipu konon dari Qoo10

Jun 23, 2018 | 05:30 AM

SYARIKAT beli-belah dalam talian Qoo10 memberi amaran kepada pelanggan tentang e-mel tipu yang dihantar menggunakan nama mereka.

E-mel itu meminta penerima membuat tinjauan dan menjanjikan ganjaran jika mereka menyelesaikannya.

Namun, e-mel tipu itu sebenarnya bertujuan mencuri maklumat peribadi pengguna termasuk butir kad kredit.

Menurut Qoo10, mereka sudah melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa Qoo10 telah menghantar e-mel kepada pelanggan Selasa lalu.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Kami menasihatkan mereka supaya tidak klik pautan itu atau membuka dokumen dalam e-mel itu serta menjelaskan bahawa Qoo10 tidak akan meminta maklumat peribadi atau butiran kad kredit mereka," ujar jurucakap Qoo10.

Syarikat itu juga berkata pasukan keselamatan teknologi maklumat (IT) juga memaklumkan kepada agensi relevan agar menutup laman 'phishing' yang bertujuan memancing data pengguna itu.

Jurucakap Qoo10 berkata mereka juga mempunyai langkah pencegahan melindungi pelanggan.

"Sekiranya berlaku penipuan, kami mempunyai protokol IT ketat supaya mampu memberi reaksi segera dengan menyiarkan kenyataan di laman kami dan menghantar e-mel kepada pelanggan secepat mungkin. Ini bagi mengelak orang ramai mengalami sebarang kerugian," ujarnya.

Kejadian ini sebahagian trend e-mel tipu yang meningkat di sini.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map