Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Awas kes tipu pembelian dicaj ke bil telefon bimbit

Mar 27, 2017 | 02:59 PM



BEBERAPA orang mengadu dikenakan bayaran pada bil telefon bimbit mereka selepas memberi maklumat sulit kepada orang yang tidak dikenali melalui Facebook, kata polis dalam laman Facebook pada Isnin (27 Mac).



Penipu dalam kes itu menghubungi mangsa dengan menghantar permintaan hendak menjadi rakan di Facebook, termasuk dengan membuat akaun platform media sosial itu yang menyerupai rakan mangsa dalam beberapa kes.



Mereka kemudian meminta nombor telefon bimbit dan pembekal perkhidmatan mangsa.



Dengan maklumat itu, si penipu membeli dalam talian kredit permainan atau kad hadiah dalam talian.



Pembelian itu dicaj ke bil telefon bimbit mangsa, setelah mereka memberi Kata Laluan Sekali (OTP) atau Kod Pengesahan kepada si penipu.



Hanya setelah menerima bil telefon baru mangsa sedar mereka telah ditipu.



Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat peribadi mereka dengan sesiapa pun kerana ia mungkin berguna untuk penipu.



Permintaan menjadi rakan daripada orang tidak dikenali di laman rangkaian sosial juga perlu dilihat dengan berhati-hati, kerana mereka mungkin menyamar sebagai orang lain.



Sembarang penipuan caj pada bil telefon anda hendaklah dilaporkan kepada pembekal perkhidmatan anda dengan segera.



Jika anda ragu-ragu, sila hubungi Talian Bantuan Antipenipuan di 1800-722-6688, atau lawat www.scamalert.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >