Awas! Penipu guna WhatsApp hubungi kenalan mangsa minta gambar kad kredit, kad debit
Feb 20, 2020 | 05:30 AM
PENIPU kini menggunakan akaun WhatsApp dan menghubungi kenalan pemilik akaun itu untuk meminta gambar kad kredit atau debit mereka, menurut polis semalam.
Menerusi satu kenyataan, polis berkata sekurang-kurangnya 18 laporan mengenai penipuan menggunakan akaun WhatsApp dengan cara begitu telah diterima sejak Disember lalu.