Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Awas! Penipu menyamar sebagai pembeli di pasaran dalam talian

Nov 23, 2021 | 04:42 PM



SEKITAR $35,000 lesap sejak sebulan lalu disebabkan jenis penipuan baru, di mana penipu menyamar sebagai pembeli di pasaran dalam talian.



Sekurang-kurangnya 44 orang telah menjadi mangsa penipuan sedemikian sejak bulan lalu, kata polis dalam satu kenyataannya pada Selasa (23 November). 



Penipu akan terlebih dahulu mendekati mangsa di pasaran dalam talian dan menyatakan minat untuk membeli barangan yang dijual oleh mangsa.



Selepas persetujuan dicapai, penipu akan meminta untuk membuat pembayaran melalui PayNow.



Mangsa kemudiannya akan menerima e-mel yang kononnya daripada pasaran dalam talian, yang menunjukkan bahawa pembayaran telah dibuat, tetapi mereka dikehendaki mengakses pautan URL untuk menerima pembayaran mereka.



Mereka yang mengakses pautan itu kemudiannya dibawa ke laman palsu yang menyamar sebagai bank. Mereka diberitahu untuk log masuk ke akaun bank mereka untuk menerima bayaran.



Mangsa hanya menyedari bahawa mereka telah ditipu apabila mereka mendapati transaksi tanpa kebenaran dibuat pada akaun bank mereka.



Polis menggesa orang ramai supaya tidak menekan pautan yang disediakan dalam e-mel dan mesej teks yang tidak diminta, dan mengesahkan profil pembeli di pasaran dalam talian melalui ulasan dan penilaian.



“Sentiasa sahkan kesahihan maklumat dengan laman web atau sumber rasmi, contohnya, untuk menyemak alamat e-mel pengirim.



“Sahkan kesahihan cara pembayaran sedemikian dengan pasaran dalam talian masing-masing,” tambah polis.



Orang ramai juga diingatkan supaya tidak mendedahkan butiran dan kata laluan perbankan Internet mereka kepada sesiapa, dan segera melaporkan sebarang transaksi penipuan kepada pihak bank masing-masing. 



Jika anda mempunyai maklumat berkaitan dengan jenayah itu atau jika anda ragu-ragu, hubungi talian hotline polis di 1800-255-0000, atau kirimkan secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >