Awas! Satu lagi penipuan di Facebook. 7 orang sudah hilang $14,600, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Awas! Satu lagi penipuan di Facebook. 7 orang sudah hilang $14,600

Dec 02, 2016 | 11:27 AM

SATU penipuan baru muncul di Facebook, dan beberapa mangsa ditipu sekurang-kurangnya $14,600 dalam tujuh kes antara September dan November lalu, kata polis dalam satu nasihat pada Jumaat (2 Dis).

Penipuan itu melibatkan "kawan" palsu Facebook yang mendekati pengguna platform media sosial dengan berkata mereka melihat nama mangsa termasuk dalam senarai pemenang pertandingan di pelbagai halaman Facebook.

Mangsa dalam tujuh kes itu, yang berumur antara 44 dan 67 tahun, berkunjung ke halaman tersebut dan diminta memberi butiran peribadi mereka.

Halaman-halaman itu menggunakan nama seperti FB Social Promotion International dan Home Care Cash Grant.

Mangsa kemudian diminta memindahkan wang ke luar negara sebelum "kemenangan" mereka boleh dituntut.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Polis menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikut sebelum respon kepada mesej pada platform media sosial:

- Berhati-hati dengan mesej yang memberitahu anda bahawa anda telah memenangi hadiah, terutamanya jika anda tidak menyertai sembarang cabutan bertuah atau peraduan.

- Abaikan permintaan agar membuat bayaran pendahuluan untuk menuntut hadiah. Memenangi cabutan bertuah atau peraduan tidak memerlukan bayaran pendahuluan.

- Pastikan orang yang anda sedang berkomunikasi dalam talian benar-benar orang yang anda kenal. Seseorang penyamar boleh menggodam atau memalsukan akaun dan menggunakan identiti palsu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map