Globalisasi telah membawa banyak manfaat dan pengaruh kepada Singapura. Kini, kita berada dalam era digital dan belia Singapura sememangnya mengikuti perkembangan dunia semasa. Apakah kaitannya dengan penyalahgunaan dadah? Apakah trend dadah global yang membimbangkan yang patut diketahui oleh ibu bapa? Berikut bahagian pertama panduan yang terkandung dalam buku panduan bagi ibu bapa yang dikeluarkan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dan boleh didapatkan di lelaman www.cnb.gov.sg.
SESETENGAH negara membenarkan ganja bagi kegunaan 'perubatan' dan/atau riadah.