Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TERIMA KASIH AYAH

Ayah jadi sumber inspirasi

Jun 15, 2019 | 05:30 AM



SEJAK kecil, Sarjan 2 (SGT2) Mohammad Aidi Ardnan sudah menunjukkan minat mendalam dalam pekerjaan bapanya.



Bapa beliau, Inspektor Pusat Pemeriksaan 2 (CI2) Ardnan Baseri, ialah pegawai ICA yang bertugas di Stesen Imbasan Tanjong Pagar.



Namun kerjayanya bermula di Jabatan Kastam dan Eksais (CED) pada 1983 dan sepanjang 36 tahun itu, beliau telah bertugas dalam pelbagai jabatan termasuk pelepasan kargo, pelepasan imigresen dan penguatkuasaan.



ICA beroprasi pada 2003 selepas CED dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Singapura (SIR) bergabung untuk membentuk agensi itu.



Pengalaman luas bapanya itulah yang membuat SGT2 Aidi, 26 tahun, turut tertarik mahu menyertai ICA lima tahun lalu.



"Sejak kecil, memang saya tanya beliau kerjanya macam mana. Pada saya, tugas di ICA menarik... kerana saya boleh belajar tentang banyak perkara.



"Tugasnya bukan hanya cop pasport seperti andaian orang ramai. Ada banyak tugas yang kita lakukan, termasuk memeriksa konsainan dan individu yang mencurigakan. Kami ibarat pelindung sempadan," kata beliau, seorang pegawai pemeriksaan utama di Pusat Pemeriksaan Woodlands.



Keputusan SGT2 Aidi menyertai ICA itu amat dialu-alukan bapanya sendiri, yang mahukan anaknya mempunyai kerjaya yang mantap dan yang memberi peluang kepadanya berbakti kepada masyarakat.



Dalam usaha memberi kejutan kepada bapanya, SGT2 Aidi berkata beliau merahsiakan permohonan kerjanya di ICA sehinggalah beliau mendapat surat diterima bekerja.



"Ayah agak terkejut tetapi beliau gembira dan berkata saya buat pilihan yang tepat," kata beliau.



Mengimbas semula kenangan membesar bersama dua beradik yang lain, SGT2 Aidi berkata semasa mereka kecil, bapa mereka bekerja dalam jabatan penguatkuasaan dan sering tiada di rumah dek komitmen tugasan.



"Kadangkala kami adik-beradik komplen sesama sendiri, kenapa tak jadi keluar rumah atau kenapa ayah kena pergi setengah jalan apabila kami di luar.



"Apabila kami semua sudah dewasa, kami faham ia kerana tugasnya. Tetapi memang pada masa itu, kami bingit kalau ayah perlu tinggalkan kami apabila kami di luar berjalan," kata beliau.



CI2 Ardnan, 57 tahun, mengongsi bahawa beliau sememangnya merindui keluarganya apabila perlu bertugas lama di luar, namun beliau sedaya upaya akan meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak pada hari beliau tidak bekerja.



"Pada mulanya, keluarga saya tak begitu selesa apabila kami semua berjalan di luar dan tiba-tiba saya dapat panggilan untuk bertugas. Selepas beberapa bulan, isteri saya mula faham dan saya akan jelaskan tugas saya kepadanya dan mereka semua sudah terbiasa.



"Tapi apabila saya di rumah, saya akan luangkan masa sepenuhnya dengan mereka," kata CI2 Ardnan.



Sifat itulah yang amat dikagumi SGT2 Aidi, yang berkata walaupun bapanya seorang yang tegas, beliau juga seorang bapa yang amat bertanggungjawab terhadap keluarganya.



Sejak bertugas di ICA, SGT2 Aidi berkata beliau memuat turun aplikasi yang dapat merakamkan hari dan syif tugas beliau dan bapanya supaya mereka dapat memantau dan merancang kegiatan keluarga bersama semasa hari mereka tidak bekerja.



"Selamat Hari Bapa ayah! Terima kasih kerana memberi inspirasi untuk ikut jejak langkah masuk ICA, sentiasa percaya pada saya dan apa yang Aidi akan buat pada masa depan," kata SGT2 Aidi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >