Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANALISIS BERITA: FOKUS BERITA

Ayuh! Mari suntik vaksin Covid-19

Jun 29, 2021 | 05:30 AM



PELBAGAI faedah dan insentif kini ditawarkan untuk mendorong penduduk Singapura yang masih teragak-agak mendapatkan vaksin untuk segera melakukannya.



Ini walaupun berjuta orang telah divaksin dengan selamat di Singapura dan di serata dunia, dengan pakar menekankan bahawa manfaat vaksin mengatasi risikonya.



Pada masa akan datang, kelebihan yang akan dinikmati kumpulan sudah divaksin juga akan lebih jelas lagi, sedang vaksin merupakan strategi penting Singapura dalam pelannya ke arah kebiasaan baru 'hidup bersama' Covid-19.



Contohnya, mereka yang sudah divaksin boleh kembali melancong kelak kerana Singapura kini berbincang dengan beberapa negara untuk saling mengiktiraf sijil vaksin di negara masing-masing.



Malah, individu yang sudah divaksin mungkin boleh melancong tanpa perlu melalui notis jangan keluar rumah (SHN) apabila pulang ke Singapura, kata pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) Khamis lalu.



Dari segi faedah bukan pelancongan pula, mereka yang divaksin juga mungkin dibenarkan berkumpul dalam perhimpunan lebih besar, melibatkan hanya individu yang sudah divaksin.



Ini boleh dilaksanakan dalam beberapa perhimpunan seperti upacara keagamaan, acara sukan dan majlis perkahwinan.



Butiran lanjut boleh dijangkakan tidak lama lagi.



Dalam pada itu, syarikat juga menawarkan insentif kepada warga Singapura untuk divaksin.



Laman iamvaccinated.sg contohnya menyenaraikan lebih 50 diskaun untuk restoran dan tempat makan, kegiatan riadah, dan membeli-belah bagi mereka yang sudah divaksin.



Individu hanya perlu menunjukkan Sijil Vaksin mereka di Aplikasi Healthhub untuk memanfaatkan tawaran tersebut.



Khamis lalu, MTF telah mengumumkan sasaran memastikan dua pertiga penduduk Singapura akan menerima dua dos vaksin yang lengkap menjelang Hari Kebangsaan pada 9 Ogos.



Hingga 23 Jun lalu, lebih tiga juta orang atau 53 peratus penduduk setempat sudah menerima sekurangnya satu dos vaksin, manakala 36 peratus penduduk sudah divaksin sepenuhnya.



Singapura juga kini sudah menawarkan vaksin kepada kumpulan terakhir dalam program vaksin negara - dewasa berusia 39 tahun dan ke bawah.



Setelah lebih ramai orang ditawarkan vaksin, lebih banyak sekatan Covid-19 mungkin dilonggarkan dengan memberi keutamaan kepada mereka yang sudah divaksin, kata naib dekan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura, Profesor Madya Alex Cook.



"Sekarang ini mungkin tidak adil untuk memberi banyak keistimewaan (kepada yang sudah divaksin), tetapi setelah kita menawarkan vaksin kepada semua orang, kita boleh mempertimbangkan untuk melonggarkan beberapa langkah dengan memberi keutamaan (kepada yang sudah divaksin).



"Mungkin pemakaian pelitup tidak lagi perlu diwajibkan bagi mereka yang telah divaksin, atau peraturan kuarantin pada masa depan kurang membebankan," katanya.



Sementara itu, usaha perlu terus dijalankan untuk mengatasi kemusykilan mereka yang masih ragu-ragu tentang vaksin.



Ini khususnya bagi golongan yang sebelum ini tidak digalakkan untuk mengambil vaksin tetapi kini dibolehkan, setelah lebih banyak bukti timbul ia selamat.



Golongan ini mungkin belum lagi diyakinkan mengenai manfaat dan keselamatan vaksin, atau keliru "mengapa dahulu tidak boleh, tetapi sekarang boleh?"



Antaranya termasuk kaum ibu yang hamil atau wanita yang sedang menyusukan yang perlu mempertimbangkan bukan sahaja keselamatan mereka sendiri tetapi kesihatan kandungan atau bayi mereka.



Mereka tidak lagi perlu risau kerana Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sudah pun memberi kelulusan untuk memberi vaksin kepada golongan ini.



Bagi golongan tersebut, nasihat secara peribadi oleh doktor masing-masing mungkin paling berkesan.



Sedang pelbagai inisiatif ditawarkan untuk menggalakkan lebih ramai divaksin, akhirnya faedah paling besar vaksin adalah berkenaan soal hidup dan mati.



Ini kerana risiko sakit teruk atau mati kerana Covid-19 adalah lebih rendah bagi individu divaksin berbanding yang belum divaksin, kata konsultan kanan penyakit berjangkit, Profesor Dale Fisher.



"Anda juga kurang kemungkinan menjangkiti orang di sekeliling anda kerana anda kurang kemungkinan dijangkiti bahkan dengan bentuk kurang serius penyakit itu," kata Profesor Fisher.



Harap-harap golongan yang belum divaksin tidak perlu berfikir panjang lagi.



Infografik:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >