Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Azam kuat tunai haji pada usia 90 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Azam kuat tunai haji pada usia 90 tahun

Jul 30, 2017 | 05:30 AM



PERGERAKAN Encik Yacob Kassim perlahan - memerlukan tongkat dan kadangkala kerusi roda.



Namun pada usia 90 tahun, semua itu tidak mematahkan semangatnya mahu menunaikan rukun Islam kelima, ibadah haji, tanpa ditemani anak cucu.



Encik Yacob adalah salah seorang daripada 800 jemaah haji yang bakal ke Tanah Suci nanti.



Beliau dijangka berangkat 26 Ogos ini yang merupakan penerbangan terakhir ke Tanah Suci bagi ibadah haji tahun ini.



Semasa ditemui, bapa tujuh anak yang sudah mempunyai seorang cicit itu berkata beliau belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci.



Justeru, beliau melahirkan rasa syukurnya di atas 'undangan' istimewa tersebut.



"Inilah dinamakan panggilan Baitullah. Mudah-mudahan saya dapat menjalankan ibadah dengan lancar, tenang dan sihat,'' jelas Encik Yacob, yang ditemani anak sulungnya, Cik Noraini, 50 tahun, semalam.



Beliau ditemui di majlis taklimat sebelum keberangkatan jemaah haji, di Singapore Expo.



Hadir di acara itu ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



Turut hadir ialah Duta Besar Arab Saudi di Singapura, Encik Saad Saleh Alsaleh.



Di acara itu, jemaah diperkenal kepada pasukan pegawai perubatan dan pentadbiran Singapura yang bakal menawarkan khidmat kebajikan dan rawatan kepada jemaah Singapura di sana.



Mereka terdiri daripada dua pegawai haji Majlis Ugama Islam Singapura (Muis); lima pegawai perubatan; 10 pegawai kejururawatan; dan lima penolong pegawai haji.



Penerbangan pertama jemaah Singapura ke Tanah Suci dijangka 9 Ogos ini.



Dalam ucapannya, Ketua Pejabat Hal Ehwal Jemaah Singapura, Encik Farihullah Abdul Wahab Safiullah, menasihatkan jemaah supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan perancangan kecemasan untuk memastikan keselesaan, keselamatan dan kebajikan mereka.



Semasa ditemui, pegawai perubatan Dr Hishamuddin Badaruddin, berkata jemaah perlu terus dapatkan bantuan sekiranya berhadapan dengan sebarang masalah kesihatan.



"Yang penting sekali jaga kebersihan yang boleh menjamin kesihatan badan.



"Ini termasuk dari sudut pemakanan dan minuman.



"Seperti yang biasa diamalkan, cuci tangan sebelum makan," ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >