Azmin: M'sia-S'pura setuju tangguh projek HSR hingga Mei 2020

Perjanjian rasmi akan ditandatangani dalam masa terdekat, projek ditunda tanpa sebarang bayaran pampasan

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, semalam berkata perjanjian telah dicapai dengan Singapura untuk menangguhkan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) ke suatu masa tanpa sebarang bayaran pampasan dan projek itu akan disambung semula di akhir penangguhan itu.

Beliau memberitahu pemberita bahawa kesepakatan dengan Singapura telah dicapai minggu lepas selepas beberapa siri mesyuarat, dan perjanjian rasmi akan ditandatangani dalam masa terdekat di Kuala Lumpur.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto