JAWATANKUASA Pilihan Khas telah mengemukakan pencalonan sembilan individu kepada Presiden Tony Tan Keng Yam bagi mengisi kerusi Anggota Parlimen Dilantik (NMP).
Mereka ialah Encik Azmoon Ahmad, Cik Chia Yong Yong, Encik Thomas Chua Kee Seng, Encik Ganesh Rajaram, Encik Kok Heng Leun, Cik Kuik Shiao-Yin, Penolong Profesor Mahdev Mohan, Profesor Madya Randolph Tan Gee Kwang dan Cik K Thanaletchimi.