SIDANG AMP-RIMA MENGENAI MASALAH HUTANG
Azmoon: Pendapatan naik tapi PMET turut berisiko terjerat hutang
Turut dibentang di sidang adalah kajian mengenai golongan yang meminjam wang dari pemiutang berlesen
Feb 15, 2015 | 05:30 AM
ANGGOTA masyarakat yang berpendapatan lebih tinggi, termasuk golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), juga menghadapi risiko terjerat dalam masalah hutang meskipun mereka umum`nya dapat menjelaskan hutang mereka.
Ini kerana memandangkan golongan tersebut mempunyai akses kepada kredit, mereka juga boleh menghadapi masalah meminjam dengan berlebihan dalam pasaran hartanah atau hutang kad kredit.