TARIAN Melayu penyelamat dirinya daripada pengaruh buruk, sekali gus menjadikannya antara insan yang berbakat besar di Singapura dan terus memperjuang rencah tradisional Melayu, khususnya seni tari.
Sebagai pelopor dan pengasas Azpirasi, sebuah kumpulan tarian Melayu yang ditubuhkan pada 2000, Encik Azmi Juhari, 53 tahun, gigih memperjuang seni tarian Melayu dan mendidik generasi muda supaya terus mencintai seni yang cukup indah ini.