Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Babi hutan bunting mati akibat kemalangan di BKE

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Babi hutan bunting mati akibat kemalangan di BKE

Jun 22, 2018 | 01:21 PM

SEEKOR babi hutan bunting mati akibat satu kemalangan di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) dekat jalan susur keluar Mandai Road malam tadi (21 Jun).

Jurucakap polis berkata tiga kereta terlibat dalam nahas jalan raya itu dan tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut akhbar The Straits Times, babi hutan itu dilanggar dua kereta di lorong paling kanan ekspreswe itu.

Selepas itu, kereta yang ketiga pula berlanggar dengan salah satu daripada dua kereta tersebut.

Ini merupakan kali kedua dalam seminggu kemalangan melibatkan haiwan liar berlaku di kawasan itu.

Ahad lalu, seekor rusa jenis ‘sambar' yang jarang kelihatan di sini menyebabkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di BKE.

Seorang pemandu teksi cedera akibat nahas itu dan dibawa ke hospital.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3