Babi hutan liar dilihat lagi di estet perumahan Choa Chu Kang, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:44
Syuruk
7:02
Zuhur
1:07
Asar
4:19
Maghrib
7:10
Isyak
8:20
Setempat0

Babi hutan liar dilihat lagi di estet perumahan Choa Chu Kang

Feb 18, 2019 | 04:04 PM

SEEKOR babi hutan liar dilihat merayap berhampiran flat HDB di Choa Chu Kang semalam.

Insiden itu pernah berlaku dan babi hutan itu telah dilihat di kawasan itu beberapa kali sejak beberapa bulan lalu, kata Timbalan Ketua Eksekutif  Persatuan berkaitan

Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) Cikk Anbarasi Boopal.

Semalam, babi hutan itu dilihat sekitar 7.30 pagi  berhampiran Blok 544 Choa Chu Kang Street 52.

Pihak awam dilihat menjauhi haiwan liar itu.

Berita Popular

Bercakap kepada The Straits Times, Cik Anbarasi berkata kakitangan Acres pernah menemui sisa makanan – yang dibiarkan untuk haiwan – semasa mengunjungi kawasan itu. Sisa makanan itu tidak dibuang dengan sewajarnya, kata Cik Anbarasi.

“Ia bergantung kepada makanan yang ada di sesebuah kawasan,” kata Cik Anbarasi, mengulas tentang sebab babi hutan liar dilihat berulang kali di tempat itu.
Majlis bandaran telah memberi sokongan untuk mengurangkan jumlah babi hutan liar yang dilihat di kawasan itu, kata Cik Ambrasi.

Namun,  ada penduduk yang masih membiarkan makanan di tempat awam, sesuatu yang menarik perhatian haiwan liar.
“Kita perlu menambah kesedaran bahawa memberi makanan kepada haiwan liar boleh menjejas tabiat mereka secara negatif, menyebabkan konflik antara manusia dengan haiwan,” kata Cik Anbarasi yang berkata masalah serupa juga berlaku di tempat lain di Singapura, seperti di Lorong Halus.

Acres menasihati awam supaya jangan menjauhi babi hutan liar yang dilihat di tempat lapang dan mengelak membuat sebarang gerakan tubuh secar mendadak jika haiwan itu menghampiri mereka.

Beberapa insiden serupa berlaku sejak beberapa bulan lalu.

Pada 12 Januari, seekor babi hutan liar terbunuh selepas dilanggar lori di jalan raya berhampiran Waterway Point di Punggol.
Jun lalu, seekor babi hutan liar dilihat di estet HDB Choa Chu Kang yang sama.
Tiada kecederaan dilaporkan dan haiwan itu dilihat memasuki kawasan hutan berhampiran Choa Chu Kang Way.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map