Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Babi hutan yang cederakan wanita di Yishun ditangkap

Mar 22, 2022 | 05:30 AM

BABI hutan yang berlanggar dengan seorang wanita sehingga menyebabkan beliau pengsan di Yishun telah ditangkap pegawai Lembaga Taman Negara (NParks) di Taman Yishun kelmarin.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata Taman Yishun telah dibuka semula kepada orang awam menyusuli penangkapan haiwan itu.

"Saya gembira memberi maklumat terkini bahawa Taman Yishun telah dibuka semula dan penduduk boleh mengunjungi taman itu sekali lagi.

"Pegawai NParks memerangkap babi hutan itu pada 20 Mac dan sedang berusaha untuk mengeluarkan semua adangan dari taman itu," kata beliau, dalam catatannya di Facebook (FB).

Wanita itu dilanggar haiwan tersebut di Blok 846 Yishun Street 81 pada 9 Mac sekitar 6.50 petang.

Individu yang menyaksikan kejadian itu berkata babi hutan itu, yang saiznya sebesar seekor anjing, melanggar paparan kaca kedai optik yang berhampiran selepas berlanggar dengan wanita itu, dan kemudian melarikan diri.

Wanita itu dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) oleh paramedik.

Babi hutan itu kali terakhir dilihat memasuki hutan Taman Yishun, yang menyebabkan taman itu ditutup.

Pegawai NParks telah memantau haiwan itu dan memasang adangan di taman tersebut demi keselamatan awam.

Dr Faishal juga berkata beliau telah mengunjungi wanita yang terlibat dalam kejadian itu, sambil menambah wanita itu sedang pulih dengan baik.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk atas pemahaman anda semasa tempoh ini, dan juga kepada NParks, dan Majlis Bandaran bagi kerja keras mereka," tambah beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3