Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baca berita ST, Zaobao percuma dengan beli alat Samsung hingga 31 Okt

Sep 09, 2018 | 05:30 AM



ORANG ramai yang membeli peralatan telefon bimbit terbaru Samsung Galaxy kini boleh mendapatkan berita secara percuma.



Mulai sekarang hingga 31 Oktober ini, semua pelanggan yang membeli Galaxy Tab S4 dan Galaxy Tab A 10.5 akan menikmati berita The Straits Times dan Lianhe Zaobao secara dalam talian selama 12 bulan secara percuma menerusi aplikasi yang dimuatturunkan.



Promosi di serata pulau itu boleh diperolehi menerusi kod promosi yang akan diberi bersama alat bijak yang dibeli.



Promosi juga boleh didapatkan dengan pembelian Samsung Galaxy Note 9 mulai 24 Ogos lalu.



Usaha itu kerjasama strategik antara Samsung dengan Singapore Press Holdings (SPH), yang menerbitkan akhbar tersebut.



Kerjasama akan bermula Januari ini selepas termeterai Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua-dua syarikat.



Sejak itu, SPH dan Samsung juga sudah menjayakan projek sosial korporat bersama.



Julai lalu, akhbar The Straits Times dan Samsung memberi pengiktirafan kepada 60 pelajar yang mencapai keputusan baik dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) menerusi anugerah pendidikan Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times.



Baru-baru ini, sejajar Hari Guru, wadah dalam talian Stomp dan Samsung memberi penghargaan kepada guru cemerlang menerusi Anugerah Guru Inspirasi Samsung-Stomp yang pertama.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH, Encik Anthony Tan, berkata:



"Kami gembira dengan kerjasama berterusan dengan Samsung berkaitan inisiatif terkini ini bagi memberi pelanggan kandungan secara langsung dari bilik berita The Straits Times dan Lianhe Zaobao.



"Dengan bertambahnya keinginan terhadap kandungan digital, SPH akan terus mendapatkan kerjasama dalam menyampaikan kandungan unik serta lebih melibatkan menerusi pelbagai alat bijak Samsung."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >