Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bacaan Al-Quran, irama gamelan bakal beralun di Esplanade

Mar 31, 2021 | 05:30 AM



KESYAHDUAN bacaan Al-Quran, kelembutan irama gamelan Jawa, dan kemerduan alunan qasidah bakal kedengaran di sekitar kawasan Esplanade pada cuti panjang hujung minggu ini.



Dilancarkan pada 2009, acara ini membawakan beberapa kumpulan seni dari pelbagai agama untuk dipersembahkan kepada para penonton.



Setelah terpaksa dibatalkan tahun lalu akibat pandemik Covid-19, acara muzik kerohanian yang diadakan tahunan Tapestry of Sacred Music yang membawakan muzik rohani kembali tahun ini mulai esok hingga Ahad.



Penerbit program The Esplanade, Encik Tan XiangHui, berkata:



"Pada masa seperti ini, muzik kerohanian membantu kita mendapatkan ketenangan, keseimbangan dan kewarasan."



"Dengan mengumpulkan beberapa kumpulan daripada pelbagai kepercayaan, kami berharap ekspresi kesenian mereka dapat menyampaikan mesej harapan dan keyakinan."



Terdapat sedikit kelainan yang akan diadakan pada acara tahun ini.



Kerana langkah penjagaan keselamatan yang harus diambil, jumlah penonton dihadkan - seramai 250 orang di Dewan Konsert dan juga Teater dengan penonton harus mendaftar untuk mendapatkan tempat duduk.



Jumlah seniman yang mengambil bahagian juga dihadkan.



Disebabkan sekatan perjalanan juga, kumpulan budaya dari luar negara tidak dibenarkan masuk.



Maka pihak Esplanade telah menjemput beberapa artis antarabangsa untuk merakam persembahan mereka yang akan ditunjukkan pada acara tahun ini.



Namun begitu, keghairahan beberapa kumpulan seni setempat yang ditemubual Berita Harian jelas kelihatan.



Penolong pengarah kumpulan Gamelan Singa Nglaras, Encik Thow Xin Wei, 36 tahun, menjelaskan penonton biasanya tertarik dengan persembahan mereka kerana jenis muzik Jawa yang dimainkan kumpulan itu bukan sesuatu yang biasa didengarkan di Singapura



"Dengan kelonggaran yang dikenakan, kami sebagai kumpulan sangat gembira dan teruja untuk melihat reaksi penonton kepada persembahan kami.



"Pada masa yang sama, ini menunjukkan segala kerja keras yang kami lakukan semasa latihan sangat berbaloi," katanya.



Ditubuhkan pada 2004 oleh Dr Jan Mrazek daripada Jabatan Pengajian Asia Tenggara di Universiti Nasional Singapura, kumpulan yang terdiri daripada anggota pelbagai bangsa dan warganegara ini akan membuat persembahan Sembur Adas: Spiritual and Religious Music from Java dengan beberapa buah lagu berunsur keislaman yang dimainkan di Kraton Jawa di Teater Luar Esplanade pada 6.30 petang, 7.45 malam dan 9 malam selama 30 minit setiap set.



Persembahan qasidah dari Timur Tengah juga akan dibawakan oleh kumpulan Firkatul Huda Lil Mawalidin Nabawiyah Wal Insyad.



Ditubuhkan pada 2004, ini merupakan pertama kali kumpulan tersebut mengambil bahagian dalam acara di Esplanade ini.



Ketua kumpulan, Encik Anuar Abd Razak, berkata ia adalah satu penghormatan bagi kumpulannya kerana diberikan peluang untuk turut serta di dalam acara itu.



"Tujuan utama kami adalah untuk menyebarkan rasa cinta kami terhadap qasidah kepada penonton yang lebih luas," ujarnya.



Dianggotai ahli kumpulan semuda umur 14, Firkatul Huda akan mempersembahkan Qasidah: Voices of Devotion di Teater Esplanade pada 2 April pada pukul 6 petang, 8 dan 10 malam.



Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran juga akan dibawakan oleh Ustaz Muhammad Sadid Abdul Latif.



"Dengan acara ini, saya harap penonton dapat mengenali pelbagai jenis melodi yang terdapat di dalam bacaan Al-Quran," kata beliau



Ustaz Muhammad Sadid akan membawakan beberapa ayat-ayat suci untuk The Art of Quranic Recitation pada 2 April pada 6 petang, 8 dan 10 malam bertempat di Teater Esplanade.



Pendaftaran dikenakan untuk kededua program tersebut yang berlangsung di kawasan Teater.



Semua acara yang akan diadakan adalah percuma. Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman https://www.esplanade.com/festivals-and-series/a-tapestry-of-sacred-mus….




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >