Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan agama boleh mohon tambah bilangan jemaah hingga 250, mulai 3 Okt

Sep 26, 2020 | 08:01 PM



Pertubuhan agama boleh memohon untuk menambah jumlah orang yang dibenarkan menjalankan ibadah, termasuk secara berjemaah, kepada hingga 250 orang mulai 3 Oktober, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong.

Bagaimanapun, mereka harus memastikan lima zon berbeza, dengan hingga 50 orang di setiap zon.

Ini merupakan sebahagian usaha melonggarkan sekatan bagi kegiatan agama dan khidmat ibadah di sini secara bertahap, yang diumumkan pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani penularan Covid-19 Rabu lalu.

Pertubuhan agama yang ingin menyertai skim rintis itu boleh e-mel kepada CPRO@mccy.gov.sg mulai 3 Oktober namun mereka harus telah menjalankan khidmat ibadah dengan selamat dan stabil bagi 100 orang sebelum ini.

Berkata demikian kepada media semasa lawatannya ke Kuil Central Sikh di Towner Road semalam, Encik Tong turut mengumumkan satu lagi skim rintis untuk membenarkan semula muzik dimainkan secara langsung di 16 pertubuhan agama mulai 3 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >