Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan agama Buddha terus sumbang derrmasiswa

Jun 24, 2018 | 05:30 AM



BERDASARKAN prinsip meritokrasi dan muhibah, berbilang kaum dan berbilang kebudayaan, Singapore Buddhist Federation telah kekal memberikan dermasiswa kepada para pelajar setempat sebagai program outreach berbilang kaum selama 10 tahun.



Demikian yang dikongsi tetamu terhormat, Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Profesor Madya Fatimah Lateef, di acara pemberian dermasiswa di Singapore Buddhist Federation, Lorong 24A Geylang, semalam.



Tahun ini merupakan tahun ke-10 persekutuan itu memberikan dermasiswa kepada para pelajar setempat.



Sejumlah 85 pelajar menerima dermasiswa tersebut.



Seramai 58 penerima dermasiswa merupakan pelajar Melayu/Islam.



Mengucapkan tahniah kepada para pelajar dan ahli keluarga mereka, Profesor Madya Fatimah berkata bahawa golongan belia harus terus membangunkan diri dan mencapai aspirasi mereka kerana tiada yang mustahil.



"Saya berkongsi kekata oleh Nabi Muhammad saw, 'tuntutlah ilmu sampai ke negeri China'.



"Pada zaman dahulu, sukar untuk kembara hingga China dari negeri Timur Tengah, tetapi gunakan kekata ini pada hari ini sebagai wadah untuk menebarkan sayap dan menggunakan pengetahuan dan maklumat dari mana sahaja dengan bersesuaian," kata Profesor Madya Fatimah lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >