Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Badan agama disyor pilih pegangan milik tanah jangka pendek bagi tempat ibadah

Shanmugam: 20 tempat ibadah telah berbuat demikian sejauh ini
Oct 05, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah menasihatkan pertubuhan agama agar menimbangkan penyewaan tanah jangka pendek atau pendudukan perselesanan sementara, apabila tempoh pajakan tanah tempat ibadah mereka hampir perlu diperbaharui.



Ini berbanding memilih pajakan tanah lebih lama selama 30 tahun, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam.



Encik Shanmugam berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) tentang bagaimana harga tanah pajakan dikeluarkan dan diperbaharui bagi pertubuhan agama seperti kuil dan gereja.



Encik Shanmugam berkata, sejauh ini, sebanyak 20 tempat beribadah telah membuat pilihan jangka pendek, sedang enam tempat beribadah mengambil keputusan untuk meneruskan pembaharuan bagi pajakan tempoh 30 tahun pada harga pasaran.



"Pemerintah telah membuat kemajuan penting dengan semakan semula itu dan akan umumkan lebih banyak butiran apabila ia selesai dan akan dijangkakan tidak lama lagi," katanya.



Encik Shanmugam menambah pemerintah sedar akan harga tanah tempat beribadah yang meningkat, namun tidak boleh menyesuaikannya.



"Ini memerlukan perubahan kepada Rangka Kerja Perlindungan Rizab, yang memerlukan tanah sedemikian dijual pada nilai pasaran yang adil. Ini juga memerlukan kelulusan Presiden," katanya.



Satu laporan akhbar The Straits Times (ST) Julai lalu, menyatakan bahawa dasar kiraan harga tanah bagi tempat beribadah sedang disemak semula dan pertubuhan agama ketika itu berharap mereka akan membayar harga yang kurang bagi tanah pegangan pajak.



Ini selepas beberapa sumber memberitahu ST mengenai semakan semula itu yang dilakukan, sedang beberapa kumpulan agama menghadapi masalah untuk memperbaharui pajakan bagi tapak-tapak tempat beribadah mereka menyusuli kos yang tinggi.



Para wakil daripada tiga gereja memberitahu ST bahawa mereka merupakan antara gereja yang bertemu Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, untuk membincangkan tentang pembaharuan pajakan.



Pada masa itu, mereka diberitahu tentang semakan tersebut. Harga tanah bagi tempat beribadah telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Penguasa Tanah Singapura (SLA) bersama Kementerian Undang-Undang (MinLaw) menyelia penjualan dan pembaharuan pajakan Tanah Negara.



Ini termasuk bidang-bidang tanah yang diperuntukkan bagi kegunaan tempat beribadah.



Menurut Encik Shanmugam, memandangkan Tanah Negara perlu dijual pada nilai pasaran yang adil, tanah tempat beribadah biasanya dijual menerusi proses tender yang cukup bersaing.



Bidaan tertinggi yang boleh diterima akan menjadi harga tanah bagi tapak tertentu.



Bagi pajakan tanah tempat beribadah yang diperbaharui, premium biasanya pada harga pasaran masa kini, seperti yang ditentukan Ketua Penilaian.



Ketua Penilaian akan menimbangkan transaksi relevan melibatkan tanah tempat beribadah, dan menyesuaikannya dengan sesetengah ciri tapak tersebut, seperti lokasi dan keluasan tanah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >