Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan amal baru agih 150 ribu makanan percuma

Mar 30, 2016 | 03:46 PM



MEMBERI 150,000 bungkusan makanan percuma kepada mereka yang memerlukan.



Demikian matlamat murni yang sedang dilaksanakan oleh sebuah badan amal baru Free Food For All (FFFA), yang melancarkan kempen tersebut baru-baru ini.



Dipanggil '150K Meals: For the Community, From the Community' atau '150K Makanan: Untuk Masyarakat, Dari Masyarakat', kempen tersebut dilancarkan di Blok 176, Boon Lay Drive.



Dengan bantuan para sukarelawan masyarakat Boon Lay, FFFA menyediakan lebih 400 bungkusan makanan malam kepada mereka yang memerlukan di kawasan tersebut setiap hari, bahkan pengedaran tersebut telah pun dilakukan sejak 1 Mac lalu.



Turut membantu mengedarkan bungkusan tersebut adalah para pemain dan pengurus kelab bola sepak Liga-S, Home United.



Pengasas FFFA, Encik Nizar Md Shariff, berkata melalui penyediaan hidangan makanan halal itu sesama jiran tetangga, semangat kemasyarakatan diharap dapat dijalin dan disemai.



"Satu program penghantaran makan malam telah dimulakan, memberi peluang kepada warga untuk memainkan peranan lebih besar, seperti mengirim makanan kepada jiran terutama warga tua," kata beliau.



Menurutnya, dalam tempoh setahun akan datang, FFFA berhasrat untuk mengedarkan 150,000 bungkus makanan percuma - lebih seganda jumlah yang diagihkan pada tahun sebelumnya.



FFFA merupakan badan amal berdaftar yang menyediakan makanan secara percuma kepada golongan kurang bernasib baik tidak kira bangsa atau agama.



Ia dimulakan pada November 2014 secara tidak formal dan menjadi badan amal berdaftar pada Jun tahun lalu.



Sejak diasaskan, FFFA telah pun mengedarkan lebih 75,000 bungkusan makanan, tetapi kini ia berhasrat mengedarkan 150,000 bungkusan makanan di bawah kempen tersebut.



Kempen itu dibiayai oleh para penderma individu dan korporat.



Menu makanannya pula berubah-ubah setiap hari tetapi secara umum hidangannya termasuk nasi, sayur dan ayam atau ikan.



Sebelum ini, FFFA juga telah mengedarkan makanan percuma itu di Marsiling, Chai Chee, Marine Parade dan MacPherson, kebanyakannya setiap minggu.



Badan amal itu kini berharap untuk mengumpul wang sejumlah S$300,000 bagi membiayai kempennya dan berharap penderma tampil memberi sumbangan yang boleh dilakukan melalui derma dalam talian menerusi laman Giving.SG ataupun tin derma rumah.



Satu acara mengumpul dana bagi kempen tersebut juga akan diadakan di Pasar Geylang Serai, dari 9 pagi hingga 5 petang, Sabtu ini (2 April).



FFFA turut akan mengadakan klinik bola sepak untuk para belia masyarakat Boon Lay awal bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >