Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR KESEDARAN SERANGAN SEKSUAL

Badan amal baru ditubuh tangani isu jejas wanita

Apr 13, 2022 | 05:30 AM



BADAN amal baru ditubuhkan bagi menangani isu-isu yang menjejas wanita serta merangsang lebih banyak kerjasama antara rakan kongsi masyarakat dalam memperjuangkan isu-isu tersebut.



Ini termasuk membantu wanita yang mengalami penganiayaan seksual dalam talian, contohnya mereka yang terlibat dalam kes di mana foto-foto mereka tersebar dalam talian tanpa izin.



Antara inisiatif awal badan tersebut, yang diberi nama SG Her Empowerment Limited (SHE), termasuk mewujudkan pusat sokongan bagi mereka yang terjejas oleh penganiayaan seksual bagi mempermudah proses membuat laporan dalam kes-kes seperti itu.



Pembentukan badan amal tersebut diumumkan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam semasa Seminar Kesedaran Serangan Seksual semalam.



Pusat sokongan mangsa tersebut merangkumi laman yang memaklumkan wanita mengenai hak-hak mereka serta talian bantuan bagi mangsa untuk membuat panggilan tanpa dikenal pasti.



SHE juga merancang bekerjasama dengan wadah teknologi untuk mempermudahkan proses membuat laporan atau menghapuskan kandungan yang menjejas wanita dalam talian, selain bekerjasama dengan Persatuan Undang-Undang bagi menyediakan ruang bagi mangsa untuk mendapatkan nasihat undang-undang, menurut pengerusi dan pengarah SHE, Cik Stefanie Yuen Thio.



Cik Stefanie yang juga seorang peguam veteran, berkata:



"Sekarang, jika adik perempuan anda mempunyai gambar atau nombor telefon yang tersebar di Internet, anda perlu menghubungi setiap wadah teknologi yang ada, (baca) syarat-syarat mereka dan juga piawai masyarakat dan selepas itu fikirkan apa yang mereka perlukan (untuk menghapuskan gambar atau maklumat tersebut).



"Anda juga perlu menghubungi teman peguam anda, untuk ketahui apa yang boleh dilakukan.



"Tapi mereka tidak perlu melalui trauma seperti itu. Tak perlu menghubungi orang berbeza dan mengulang apa yang berlaku kepadanya. Untuk itu, usaha selaraskan proses ini amat penting," katanya.



Idea bagi pembentukan SHE timbul daripada usaha Sunlight Alliance for Action (AfA), satu gabungan rentas sektor yang menangani bahaya dalam talian.



Afa dipengerusikan bersama Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.



Dalam ucapannya Encik Shanmugam berkata beliau berharap SHE dapat mengusahakan bersama pelan-pelan tindakan yang telah dibentangkan dalam Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita sebelum ini.



"Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan mereka, terutama sekali untuk memberi sokongan terhadap ekosistem ini, bagi semua yang telah mengalami penganiayaan, sama ada dalam talian, secara fizikal atau emosi," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >