Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan amal Islam jangka cabaran usaha kumpul dana tahun ini

Mahu pertingkat wadah dalam talian bagi galak lebih ramai menderma seperti yang dilihat sepanjang pandemik
Jan 30, 2023 | 05:30 AM



DENGAN penderma yang lebih berhemat dalam perbelanjaan mereka di tengah-tengah persekitaran ekonomi yang semakin tidak menentu di samping kos sara hidup yang memuncak, badan amal serta pertubuhan Melayu/Islam Singapura menjangkakan tempoh lebih mencabar dalam usaha mengumpul dana tahun ini.



Bagi memastikan program serta inisiatif untuk membantu masyarakat dapat berjalan terus, badan-badan tersebut memberitahu Berita Harian (BH) bahawa penetapan strategi memperkukuh usaha pengumpulan dana penting untuk terus bergerak ke hadapan bagi mengharungi masa mencabar ini.



Ini termasuk langkah mempertingkat lagi keupayaan digital memandangkan adanya wadah dalam talian berhasil mendorong lebih ramai untuk menyumbang, sepertimana yang diamati semasa tempoh pandemik.



Meskipun jumlah derma yang dipungut LBKM kekal stabil sejauh ini, Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Dr Syed Harun Taha Alhabsyi, prihatin terhadap kesan ketidaktentuan ekonomi terhadap badan-badan amal.



"Keadaan ekonomi seperti ini bermakna orang ramai lebih berjaga-jaga dari segi perbelanjaan dan derma mereka.



"Dengan inflasi, setiap dolar yang diperolehi akan disalurkan ke arah memastikan keperluan asas terjaga, dan ini bermakna baki yang tinggal mungkin kurang untuk menyokong badan amal dengan menderma," katanya.



LBKM kini lebih proaktif memanfaatkan wadah dalam talian dan media sosial bagi menarik penderma, terutama sekali dari golongan karyawan muda dan bekas penerima LBKM, kata Dr Syed Harun.



Kos pendidikan yang semakin meningkat mendorong badan tersebut menaikkan jumlah wang tunai yang diberikan atau kuantum dermasiswa mereka tahun lalu, dan ia menjangkakan defisit bagi tahun kewangan 2022.



"Ini bermakna LBKM perlu terus bekerja keras tahun ini untuk pelajar kita, ia berazam untuk teruskan sokongan kepada pelajar dengan baik," katanya.



Strategi membina keupayaan digital ini turut diutamakan di Pertapis, yang telah memperbaharui lamannya dan memperkenalkan kaedah pembayaran digital seperti PayNow dan giving.sg bagi orang ramai menyumbang.



Menurut eksekutif komunikasi korporat Pertapis, Encik Muhaimin Ali, Pertapis kini lebih bersedia memanfaatkan digitalisasi dan teknologi untuk terus memastikan proses menderma kekal mudah bagi orang ramai.



Dengan acara fizikal kini dibolehkan, penganjuran acara seperti karnival dan pameran bergerak juga diharap berupaya menggalak sumbangan dari masyarakat, tambahnya.



"Inovasi merupakan kunci strategi Pertapis dalam usaha mengumpul dana dan kami kini berusaha memastikan proses menderma yang mudah bagi orang ramai dengan memanfaatkan digitalisasi dan teknologi," kata Encik Muhaimin.



Menurutnya, jumlah derma yang dipungut tahun lalu meningkat sedikit berbanding tempoh sebelum pandemik, namun akui tempoh sekarang lebih mencabar.



Pengasas badan amal Free Food For All (FFFA), Encik Nizar Mohd Shariff, menekankan pentingnya sikap proaktif bagi setiap badan amal.



Ini termasuk memikirkan cara terbaik yang dapat menggalak lebih ramai anggota masyarakat untuk terus menyumbang, seperti melalui inisiatif di mana penderma juga dapat meraih manfaat.



Data laporan tahunan Pesuruhjaya Pertubuhan-Pertubuhan Amal (COC) 2021, yang dikeluarkan akhir tahun lalu, menunjukkan jumlah derma kepada lebih 2,000 badan amal di Singapura turun sedikit pada 2020 berbanding tahun sebelumnya.



Sebanyak $3.12 bilion derma telah dikutip oleh badan amal di sini dalam tahun kewangan 2020 - penurunan 4 peratus daripada $3.25 bilion dalam tahun sebelumnya.



Walaupun merosot, jumlah $3.12 bilion itu masih lebih tinggi daripada jumlah yang didermakan dalam tahun-tahun sebelum pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >