Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan amal kenalkan sajian sedia makan

Feb 22, 2021 | 05:30 AM



SAJIAN sedia dimakan (RTE) dalam pasaran hari ini sering dianggap sebagai makanan kurang berkhasiat dan mahal.



Justeru badan amal setempat Free Food For All (FFFA) mengenalkan tujuh RTE diperbaharui yang dipercayai lebih sihat berbanding makanan segera biasa.



Menurut kenyataan FFFA kepada akhbar ini semalam, sajian yang ditawarkan ialah nasi goreng dengan perencah bawang putih, channa dal, nasi dengan kekacang, sup jagung, sup jagung dengan ketam, pencuci mulut cheng teng dan cemil-cemilan penambah tenaga (energy bars).



Berkenaan RTE baru itu, pengasas FFFA Nizar Shariff berkata mereka ingin berusaha menangani isu ketidakstabilan bekalan dan pembaziran makanan sekali gus memenuhi keperluan golongan memerlukan seperti gelandangan dan warga tua.



"Hasil maklum balas positif daripada penerima bantuan, FFFA yakin RTE tersebut akan memberi manfaat kepada masyarakat.



"Badan tidak meraih keuntungan lain seperti rumah tumpangan, rumah jagaan dan kemudahan penjagaan sihat warga emas juga boleh memanfaatkan RTE yang mudah disiapkan dan lebih sihat bagi golongan kurang bernasib baik," ujar kenyataan FFFA.



RTE FFFA dikilangkan dan menerima pensijilan halal di Brunei. Dengan itu, FFFA dipercayai pertubuhan bukan pemerintah (NGO) pertama di Singapura yang menyediakan RTE halal dalam peket retort.



Peket retort sejenis bungkusan gabungan lapisan plastik dan logam yang berupaya menjamin kebersihan makanan yang dikandung. Hasilnya, RTE FFFA mampu bertahan dua tahun.



Lanjutan itu, setiap peket boleh dipanaskan menggunakan pek pemanas. Pek pemanas boleh diaktifkan hanya dengan mengisikan air paip justeru tidak memerlukan dapur biasa, ketuhar gelombang mikro mahupun sumber haba lain.



Ciri tersebut berguna bagi gelandangan yang tidak memiliki kelengkapan atau bekas penyimpanan sesuai, warga kurang upaya dan warga lain yang memerlukan.



FFFA berniat mengedarkan 100,000 peket kepada kelompok memerlukan menerusi kempen RTE di laman give.asia dan giving.sg.



Setiap peket berharga $3.50.



Keterangan lanjut boleh didapatkan dengan menghubungi Encik Nizar menerusi talian 9656-7280 atau e-mel nizar@freefood.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >