Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan amal Willing Hearts perluas bantuan makanan di premis baru

May 13, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA bulan selepas pandemik Covid-19 melanda pada 2020, badan amal makanan Willing Hearts mula menerima lebih banyak permintaan bagi agihan makanannya.



Sebagai respons, sukarelawannya menambah masakan di dapurnya di Chai Chee, membungkus kira-kira 11,000 makanan, berbanding 7,000 sebelum pandemik ini.



Kini, badan amal itu akan dapat memasak hingga 15,000 hidangan sehari - atau 4,000 lebih banyak daripada sebelumnya - dengan pembukaan dapur barunya di Teluk Kurau.



Dapur yang disahkan halal itu diurus oleh sekitar 200 sukarelawan dan beroperasi sepanjang tahun.



Ia seluas tiga flat empat bilik HDB dan tiga kali lebih besar daripada tempat lama mereka di Chai Chee.



Tempat baru itu juga dijangka menjadi tempat perlindungan bagi penerima bantuannya yang tiada rumah mulai Ogos ini.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, yang diundang semasa pembukaan dapur baru itu menghargai pengorbanan dan kerja keras para sukarelawan badan amal itu.



Pengasas Willing Hearts, Encik Tony Tay, berkata badan amal itu sedang meninjau untuk menambah lagi bilangan sukarelawan dan meluaskan khidmat mereka.



Encik Tay, yang memulakan badan amal itu di dapur rumahnya pada 2003, berkata: "Semasa pandemik, kami melihat lebih banyak permintaan daripada kumpulan penduduk yang berbeza, seperti warga tua yang tinggal sendirian dan keluarga yang kehilangan pendapatan, jadi kami memutuskan untuk meningkatkan usaha untuk membantu mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >