Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan bantu keluarga susah terjejas oleh Covid-19 pertingkat kehidupan

Jul 23, 2021 | 05:30 AM



CABARAN Presiden tahun depan (PC2022) akan memberi tumpuan kepada menyokong keluarga berpendapatan lebih rendah, yang merupakan golongan yang kehidupan serta pendapatan mereka terjejas teruk oleh pandemik Covid-19.



PC2022 akan menyokong usaha masyarakat yang bertujuan memberi sokongan kepada keluarga sedemikian, seperti membantu pekerja daripada golongan tersebut meningkatkan kemahiran dan mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik.



Demikian diumumkan Presiden Halimah Yacob semalam apabila ditemui di hujung lawatannya ke Pusat Khidmat Keluarga Fei Yue (FYFSC) di Choa Chu Kang.



"Covid-19 lebih menjejas keluarga berpendapatan lebih rendah, dan bagi keluarga ini, kadar pengangguran lebih tinggi kalau dibandingkan dengan pekerja PMET.



"Bagi keluarga ini, masalahnya adalah kerana mereka tidak mempunyai wang simpanan. Jadi kesan ke atas diri mereka dan keluarga mereka lebih mendalam," kata Puan Halimah.



Beliau menambah, sedang program nasional telah diperkenalkan untuk membantu golongan yang terjejas, program pelengkap seperti yang dijalankan oleh badan seperti FYFSC turut memainkan peranan penting.



Antara lain, FYFSC membantu benefisiari mendapatkan pekerjaan dan membantu mereka yang tidak boleh keluar bekerja meraih pendapatan dari rumah.



Pusat itu juga membantu benefisiari dengan menghulurkan bantuan menerusi program nasional seperti Community Link dan KidSTART.



FYFSC juga bekerjasama dengan pertubuhan lain seperti Engineering Good untuk memberi komputer riba yang diperbaharui kepada pelajar dan orang dewasa dari keluarga berpendapatan lebih rendah untuk memudahkan pembelajaran dalam talian dan pencarian kerja.



"Memandangkan keluarga berpendapatan lebih rendah memerlukan sokongan yang lebih semasa Covid-19 ini, fokus PC2022 bagi tahun depan adalah bagi menyokong golongan ini," kata Puan Halimah.



"Kita telah pun melakukan pekerjaan tersebut. Kita telah membantu menyalurkan bantuan pekerjaan kepada mereka dan akan teruskan usaha tersebut. Ini supaya kita dapat memberikan sumber-sumber yang lebih banyak kepada kanak-kanak dan belia yang dapat memperkayakan kehidupan mereka.



"Bagi pekerja, melalui tema kita tahun depan, saya berharap kita dapat meningkatkan kemahiran mereka, jadi mereka dapat terus maju dalam kerjaya mereka dan meraih pendapatan yang lebih baik," tambahnya.



Beliau turut meluahkan harapan untuk melihat lebih banyak kerjasama antara sektor awam, swasta dan warga untuk menyokong keluarga berpendapatan lebih rendah, seperti menerusi kegiatan pengumpulan dana atau kesukarelawanan.



Semasa lawatan itu juga, Puan Halimah berinteraksi dengan penerima bantuan FYFSC, termasuk Cik Roziana Ramli, 40 tahun.



Ibu lima anak berusia antara 20 dengan dua tahun itu telah menerima bantuan seperti habuan makanan bulanan daripada FYFSC sejak sekitar setahun lalu.



Beliau juga menemui pegawai khidmat sosial di sana sekali setiap dua bulan untuk sesi kaunseling.



Sebelum hamil anak keenam, Cik Roziana bekerja sebagai guru gantian di sebuah tajaka.



Kini hanya suaminya, seorang warga Malaysia, yang bekerja untuk menyara keluarga.



Bagaimanapun, pekerjaannya sebagai pelayan di sebuah pusat makanan tidak menentu kerana terjejas oleh langkah pengurusan selamat Covid-19.



"Walaupun saya kini tidak bekerja, saya telah mengikuti program Wanita Kembali Bekerja, atau Back-To-Work Women (BWW), anjuran Mendaki Sense untuk menambah kemahiran yang dapat saya gunakan untuk mencari kerja setelah melahirkan nanti. Saya berharap dapat menstabilkan kewangan keluarga saya dan membantu suami saya mendapatkan status penduduk tetap supaya beliau boleh mencari kerja yang lebih baik," kata Cik Roziana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >