Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan Hindu derma 100,000 biji kurma pada 6 masjid, Jamiyah

May 03, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI tanda sokongan dan menghormati masyarakat Islam yang kini sedang menjalani ibadah puasa, Lembaga Endowmen Hindu (HEB) semalam telah menghadiahkan 100,000 biji kurma kepada enam masjid dan Jamiyah Singapura.



Enam masjid itu ialah Masjid Anguilla, Masjid Abdul Gafoor, Masjid Ba'alwie, Masjid Jamae Chulia, Masjid Moulana Mohamed Ali dan Masjid Al-Abrar.



Jamiyah dan setiap masjid menerima sekitar 14,000 kurma atau 350 kotak kurma yang akan diagihkan kepada jemaah dan pengunjung yang datang.



Sumbangan itu menandakan komitmen HEB dalam memupuk perpaduan sosial dan sifat saling menghormati antara masyarakat pelbagai bangsa dan agama di Singapura.



Ketua pegawai eksekutif HEB, Encik T Raja Segar berkata:



"Anda lihat bahawa semua agama mengajar satu perkara yang sama iaitu untuk mengongsi apa yang anda ada, terutamanya makanan. Sekiranya kita ada lebih, kita harus berkongsi dengan mereka yang memerlukan.



"Ini sebahagian tanggungjawab seorang penganut Hindu, yang dipanggil 'Sewa'. 'Sewa' ini adalah kepercayaan rohani kami yang mengatakan bahawa kita harus berkongsi makanan atau apa sahaja yang kita ada dengan orang lain."



Inisiatif tersebut dikelolakan setiap tahun, dengan HEB menyumbang beras kepada masjid-masjid sebelum ini.



Beras yang diderma itu akan digunakan untuk memasak bubur masjid, menurut Encik Raja.



Namun, disebabkan masjid kini tidak dapat menyediakan bubur di tapak mereka akibat langkah pengurusan selamat Covid-19, Encik Raja menambah kurma menjadi makanan seterusnya yang sesuai bagi rakan Muslim berbuka puasa.



Pengerusi Masjid Anguilla, Encik Gamal S. Angullia, berkata:



"Saya sangat gembira kerana ia menunjukkan bahawa kita bukan agama yang terpencil malah terbuka. Dengan mereka (HEB) datang memberikan sumbangan kurma ini, ia menunjukkan bahawa mereka menerima kami sebagai agama yang aman dan mengamalkan keharmonian."



Rangkaian Belia Hindu (HYN) HEB, yang baru ditubuhkan setahun lalu, dan Hope Initiative Alliance (HIA) turut menyinsing lengan dalam membungkus kurma yang diagihkan semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >