Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan masyarakat main peranan penting lengkap usaha perkasa wanita

Rahayu utara keprihatinan mengenai kadar keciciran program sokongan wanita
Apr 04, 2022 | 05:30 AM



RAKAN kongsi masyarakat, termasuk badan-badan Melayu/Islam (MMO) memainkan peranan penting dalam melengkapkan usaha pemerintah memperkasa wanita serta meningkatkan kesedaran tentang cabaran yang dihadapi golongan itu demi membentuk pemikiran masyarakat yang lebih 'matang'.



Pada masa yang sama, inisiatif yang dijalankan perlu mempunyai ciri holistik dan dirancang bagi jangka masa panjang demi mengurangkan kadar keciciran daripada program.



Berkata demikian dalam satu temu ramah bersama Berita Harian, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, mengutarakan keprihatinan mengenai kadar keciciran - iaitu jumlah peserta yang keluar daripada program sebelum melengkapinya - program-program yang dijalankan bagi membantu golongan wanita.



"Kalau kita lihat program-program kita, banyak keciciran kerana sukar untuk mereka (wanita) terus menyertainya melihat pada keadaan harian mereka.



"Untuk itu, sokongan yang disediakan perlu holistik dan betul-betul memahami keadaan wanita itu," katanya.



Badan-badan perlu memperbanyakkan program jangka panjang disebabkan perubahan yang ingin dilihat mengambil masa dan usaha berpanjangan, kata Cik Rahayu.



Tambahnya, program yang diadakan bukan sahaja bantuan yang dihulur sekali, malah perlu bermula di peringkat awal dan perkembangan golongan itu perlu dijejaki demi sokongan lebih menyeluruh.



"Kita perlu program di mana mereka dibina dari awal, dilengkapkan dengan keyakinan, diberikan pendedahan kepada faktor-faktor luaran, dan kemudian memberikan mereka huraian bagi masalah yang dihadapi secara bertahap-tahap, barulah program-program bantuan boleh bertapak," ujarnya.



Temu ramah tersebut menyusuli pembentangan Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang melakarkan rancangan bagi menangani pelbagai isu berkenaan kaum Hawa bagi mencapai masyarakat lebih adil dan inklusif.



Salah satu pelan tindakan yang diusulkan adalah dalam membentuk lebih banyak program bimbingan kerjaya bagi membantu wanita kembali atau kekal bekerja, dan menurut Cik Rahayu, badan-badan masyarakat mempunyai banyak program yang selaras dengan objektif itu.



Ini termasuk program bimbingan kerjaya yang dianjurkan badan seperti Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Yayasan Mendaki dan Daughters of Tomorrow (DOTS), ujarnya.



Badan-badan masyarakat seperti itu dapat membantu dari segi melengkapkan wanita dengan pemahaman tentang perubahan ekonomi serta trend pekerjaan.



Ini selain mewujudkan kerjasama dengan majikan bagi memberi pendedahan kepada golongan wanita mengenai peluang-peluang yang wujud dalam sektor tertentu, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >