Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan Melayu sedia bantuan holistik perkukuh masyarakat

MMO bersama M3 tak putus sediakan pelbagai khidmat walau dalam pandemik: Masagos
Jan 18, 2022 | 05:30 AM



BADAN-BADAN Melayu/Islam (MMO) terus menyediakan bantuan menyeluruh walau dalam tempoh pandemik, dan kerjasama mereka bersama M Kuasa Tiga (M³) memainkan peranan penting dalam memperkukuh pendekatan kepada masyarakat dan membina visi Masyarakat Gemilang, menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Meskipun hidup dalam zaman penuh cabaran yang belum pernah berlaku sebelumnya, beliau berkata ia tidak menghalang semangat mereka untuk terus menyediakan khidmat kepada masyarakat.



Mengulas tentang pertemuannya bersama beberapa MMO sebagai sebahagian usaha mendekati masyarakat secara tetap untuk lebih memahami keperluan mereka, Encik Masagos berkata MMO telah bekerjasama secara aktif dengan rangkaian M³ - kerjasama yang diterajui oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - dan pada masa yang sama, menjalin perkongsian baru untuk menambah nilai pada program-program mereka.



Menurut Encik Masagos, beliau mempunyai perbincangan yang "sangat berwawasan dan bertenaga" bersama MMO yang ditemuinya, termasuk dua yang mempunyai pucuk pimpinan baru yang menetapkan hala tuju dan sibuk menerajui pelbagai program serta inisiatif bagi golongan yang didekati mereka.



"Usaha-usaha mereka untuk memperkukuh masyarakat Melayu/Islam termasuklah menyediakan bantuan holistik kepada pelajar kurang berkemampuan, individu dan keluarga yang kurang bernasib baik, membantu perniagaan Melayu/Islam setempat untuk bangkit semula dengan lebih kuat daripada pandemik, membantu wanita kembali bekerja, serta membangunkan belia kita melalui pementoran," kata Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, dalam catatannya di Facebook semalam.



Antara MMO yang ditemui termasuk Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS), Pertapis, Perdaus, AMP Singapura, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Muhammadiyah dan Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM).



Contohnya, Perdaus telah berusaha dengan aktif untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada masyarakat Melayu/Islam dan memahami kepentingan pendidikan sebagai penyetara untuk masyarakat.



Di sesi bersama AMP pula, Encik Masagos berbincang bersama mereka mengenai pelbagai isu seperti mempersedia pekerja bagi masa depan dan melabur dalam pendidikan anak-anak.



Anggota KGMS pula berkongsi pelbagai program yang diharapnya dapat memupuk cinta terhadap bahasa dan budaya Melayu untuk generasi akan datang.



Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), yang memupuk semangat keusahawanan dalam masyarakat Melayu/Islam, pula memainkan peranan penting dalam menyokong anggota mereka semasa pandemik ini.



"Mereka tangkas menghadapi cabaran yang kita hadapi sebagai sebuah masyarakat dan boleh menyesuaikan diri dengan baik.



"Mereka berpegang teguh dengan prinsip perjuangan mereka untuk membantu memenuhi keperluan masyarakat yang semakin berkembang," tambah beliau.



Beliau melahirkan harapan agar dapat bertemu dan bekerjasama dengan lebih banyak MMO tahun ini dan memupuk generasi pemimpin seterusnya untuk berkhidmat kepada masyarakat.




"Usaha-usaha mereka untuk memperkukuh masyarakat Melayu/Islam termasuklah menyediakan bantuan holistik kepada pelajar kurang berkemampuan, individu dan keluarga yang kurang bernasib baik, membantu perniagaan Melayu/Islam setempat untuk bangkit semula dengan lebih kuat daripada pandemik, membantu wanita kembali bekerja, serta membangunkan belia kita melalui pementoran."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >